Irwan Muhammad Zain
Sheikh Weshal berpendapat, PRU15 adalah talian hayat terakhir bagi UMNO
untuk mengukur sama ada ia masih relevan atau tidak.
KUALA LUMPUR:
Kemelut dalaman UMNO perlu diselesaikan dengan segera mengadakan
pemilihan parti, kata Ketua Pemuda UMNO Kota Raja Sheikh Weshal Sheikh
Ahmad.
Menurutnya, pemilihan segera perlu dilakukan agar hala tuju parti dapat ditentukan oleh mereka yang dipilih.
Ia penting kerana, UMNO kini terpecah kepada tiga kumpulan yang mempunyai hala tuju berbeza.
"Tiga kumpulan wujud hasil dari perpecahan yang berlaku.
"Kumpulan
yang mahu parti bergerak sendiri pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15),
kumpulan yang mahu kekal bersama Perikatan Nasional dan kumpulan yang
mahu jajaran baharu politik bersama PKR dan DAP.
"Apa
pun yang berlaku, hala tuju parti mesti ditentukan segera. Dan
pemilihan parti adalah jalan terbaik menamatkan kemelut yang melanda,”
katanya dalam satu kenyataan.
Sheikh Weshal berpendapat, PRU15 adalah talian hayat terakhir bagi UMNO untuk mengukur sama ada ia masih relevan atau tidak.
Pada
Sabtu, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menggesa parti itu
dirombak semula dan mengetengahkan pemimpin yang bukan hanya diterima
ahli, bahkan rakyat juga.
Ketua Pemuda
UMNO Wilayah Persekutuan Mohamed Nizham Abdullah Hamidi menegaskan, UMNO
perlu mengadakan pemilihan pada tahun ini juga supaya rasa tidak puas
hati terhadap pemimpin kembali reda.
Sementara itu, Pemuda UMNO Pagoh mahu tarikh pemilihan parti dikekalkan untuk mendapatkan barisan kepimpinan baharu.
Sebelum ini, Pemuda UMNO Pontian dan Seremban bersuara mendesak presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya berehat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan