HALAMAN SANTAI

Selasa, 12 Januari 2021

UMNO akan bincang keputusan Ahmad Jazlan tarik sokongan - Ismail Sabri

Muhafandi Muhamad
UMNO akan bincang keputusan Ahmad Jazlan tarik sokongan  - Ismail Sabri
Ismail Sabri menjelaskan beliau tidak pasti sama ada tindakan Ahmad 
Jazlan itu dibincangkan dalam parti atau sebaliknya kerana sebarang 
keputusan mesti diputuskan di peringkat pucuk pimpinan parti. - Gambar 
fail
 
KOTA BHARU: Pucuk pimpinan UMNO akan mengadakan perbincangan berhubung tindakan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob yang mengumumkan menarik balik sokongan dari kerajaan Perikatan Nasional (PN).
 
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau sendiri mengetahui berita berkenaan melalui laporan media pada Sabtu.
 
Bahkan beliau juga tidak pasti sama ada tindakan Ahmad Jazlan itu dibincangkan dalam parti atau sebaliknya kerana sebarang keputusan mesti diputuskan di peringkat pucuk pimpinan parti.
 
"Kita akan bincanglah kalau ada isu seperti ini kita akan bincang. Saya sendiri tidak boleh beri apa-apa kenyataan kerana ia ada kaitan dengan pendirian parti.
 
"Apa yang berlaku parti kena putuskan. Saya cuma tahu melalui media semalam," katanya ketika diminta mengulas tindakan Ahmad Jazlan yang mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan PN dalam satu sidang media di sini, pada Sabtu.
 
Tindakan Ahmad Jazlan menarik sokongan itu mengurangkan jumlah majoriti kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BACA: Kerajaan Muhyiddin masih sah, UMNO perlu tentukan benarkan ahli tarik sokongan - Penganalisis
BACA: PN hilang majoriti, Muhyiddin perlu segera menghadap Agong, kata MP PKR
BACA: Wanita PKR cabar Muhyiddin benarkan PAU
 
Pada Sabtu, Ahmad Jazlan dari Barisan Nasional (BN) mengumumkan menarik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
 
Selain itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa lebih ramai ahli Parlimen UMNO dijangka mengikut jejak langkah Ahmad Jazlan dan menarik sokongan terhadap kerajaan.

Tiada ulasan: