Ridauddin Daud
Pakar
Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata,
walaupun ada
ahli politik menyatakan menarik balik sokongan kepada
Muhyiddn. - Gambar
fail
KUALA LUMPUR:
Dari sudut perundangan, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan
perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat masih lagi sah dan
berdiri teguh.
Pakar Perlembagaan, Prof
Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, walaupun ada dalam kalangan ahli
politik menyatakan menarik balik sokongan kepada Muhyiddin namun ia
bukanlah ukuran sebenar sokongan kerana kenyataan sebegitu tidak
menepati proses perundangan.
“Sebab itu saya kata dalam proses perundangan perlu ada ‘rule of law’.
Jadi bolehkah seseorang kata Kerajaan dah jatuh. Semua orang boleh
cakap kerajaan dah jatuh, dah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri.
“Tetapi
adakah kenyataan-kenyataan itu menepati proses perundangan kerana
jatuhnya kerajaan itu adalah berdasarkan proses perundangan.
“Ia bukan sekadar cakap tetapi tiada bukti perundangan,” katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Tambahnya,
jika hanya bersandarkan kepada kenyataan ahli politik mendakwa kerajaan
sudah tumbang kerana hilang majoriti, maka mudahlah mana-mana kerajaan
dalam dunia diruntuhkan begitu sahaja.
Dr
Shamrahayu berkata, kenyataan sebegitu sebenarnya membuatkan rakyat
keliru sedangkan mengikut undang-undang, kerajaan masih belum tumbang.
“Dari
apa yang ada sekarang, kepercayaan majoriti itu masih ada. Nipis atau
tebal, sikit atau banyak tidak ada masalah dari segi perundangan.
“Walaupun
satu, ia tetap dikira sebagai majoriti tetapi kalaulah dibuktikan
secara perundangan bahawa sokongan majoriti telah berpindah kepada pihak
lain maka ia adalah menepati proses perundangan.
“Pada saya, orang yang menghormati undang-undang tiada masalah untuk menerima kedaulatan undang-undang,” ujarnya.
Astro AWANI
pada Sabtu melaporkan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
menarik balik sokongannya kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu dimaklumkan dalam satu sidang media di Kota Bharu pada Sabtu.
“Maka
dengan ini saya mengumumkan saya menarik diri daripada menyokong
kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh YAB Tan Sri
Muhyiddin Yassin,” katanya.
Pendirian
Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan itu
menyaksikan kerajaan PN ketika ini memiliki sokongan 110 daripada 220
Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan