Aida Aziz
Saarani turut mengingatkan ahli UMNO di setiap peringkat supaya sentiasa
bersedia bagi menghadapi pilihanraya. - Foto Bernama
TAIPING:
UMNO Perak bertegas mahukan semula lima kerusi Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) dikembalikan kepada parti itu pada PRU15 akan datang.
Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata lima kerusi
berkenaan melibatkan tiga kawasan parlimen iaitu Larut, Bagan Serai dan
Bukit Gantang serta dua kawasan DUN iaitu Tualang Sekah dan Sungai
Manik.
”UMNO
bukanlah parti yang mengamalkan taqiyah atau tipu muslihat dalam
bekerjasama, namun mengambil pengajaran daripada episod pengkhianatan
pada PRU14 dan kecurangan yang berlaku ketika PRN Sabah baru-baru ini,
UMNO berhak untuk berhemat menyusun langkah politiknya.
“UMNO
perlu cermat mengenali siapa kawan dan siapa lawan. Jika ditakdirkan
perlu ada kerjasama politik di kalangan parti politik Melayu, UMNO wajib
bertegas, semua kerusi yang telah dimenangi oleh UMNO pada PRU14,
tetapi telah dikhianati oleh wakil yang telah kita amanahkan.
"Maka
kerusi itu hendaklah dikembalikan kepada UMNO di dalam PRU15,” katanya
ketika menyampaikan ucapan dasar pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian
Larut di Taiping pada Sabtu.
Jelasnya
lagi, walaupun agihan kerusi pilihan raya belum dimuktamadkan, namun
UMNO perlu mempunyai pendirian teguh terhadap hak dan kedudukannya.
Beliau
yang juga Menteri Besar Perak turut mengingatkan ahli UMNO di setiap
peringkat supaya sentiasa bersedia bagi menghadapi pilihan raya.
UMNO
Perak kehilangan lima kerusi berkenaan selepas PRU14 lalu apabila wakil
rakyat kawasan tersebut bertindak keluar parti dan menyertai Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Mereka
ialah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Ahli Parlimen
Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Ahli
Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali; ADUN Tualang Sekah,
Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi; dan ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol
Fadzi Paharudin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan