HALAMAN SANTAI

Ahad, 3 Januari 2021

UMNO Sabah laksana transformasi, susun semula kepemimpinan

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata langkah itu bertujuan memperkukuhkan lagi parti itu selaras prinsip demokrasi dalam parti.

Mengulas lanjut, katanya penyusunan semula akan membabitkan pimpinan majlis tertinggi UMNO Sabah, selain semua peringkat Pemuda, Wanita, Puteri dan ahli jawatankuasa bahagian parti negeri.

"Penyusunan ini akan berlaku nanti tahun ini, di mana kita ada pemilihan yang diwajibkan setiap tiga tahun.

"Sudah tentu selaku parti terbesar kita mengamalkan demokrasi dan sudah tentu juga mengamalkan pertandingan.

"Justeru, saya minta mereka yang bertanding kelak adalah individu yang berkualiti dan boleh mencapai aspirasi rakyat," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Kinabatangan di Sandakan, hari ini.

Pada masa sama, Bung Mokhtar memaklumkan pihaknya akan membubarkan mana-mana cawangan UMNO yang dikesan tidak aktif di negeri ini.

"Langkah ini penting sebab dalam pilihan raya ini kita perlukan angka, tetapi ada cawangan yang gagal untuk berfungsi secara berkesan.

"Ketua Cawangan kena ada ahli dan matlamat utama ahli pula kenalah jadi pengundi. Namun, ada juga ketua cawangan tidak tahu berapa ahli yang mengundi di cawangannya.

"Pada saya itu bukanlah satu peranan yang baik dimainkan oleh ketua cawangan itu," katanya mengesahkan turut menetapkan untuk membubarkan cawangan yang ketuanya tidak mengenali ahli.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: