Astro Awani
Mohd Alfie berkata UMNO perlu segera mengadakan pemilihan parti sebelum
pilihan raya berlangsung.
SUBANG JAYA:
Pandangan Datuk Seri Najib Razak berkaitan kerjasama dengan musuh UMNO
tidak mewakili akar umbi namun sedikit sebanyak mampu mempengaruhi
golongan itu memandangkan beliau adalah bekas Presiden UMNO.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Mohd Alfie Zainal Abidin berkata, kenyataan Najib itu adalah pandangan peribadi.
Begitupun, katanya beliau yakin akar umbi pasti akan patuh dan hormat kepada keputusan akhir parti.
Tegasnya,
paling utama sekarang adalah UMNO perlu segera mengadakan pemilihan
parti sebelum pilihan raya berlangsung bagi menentukan suara sebenar
parti.
"Amat penting untuk kita
mengadakan pemilihan secepat mungkin sebelum pilihan raya kerana
kepimpinan itulah yang bakal membawa suara sebenar akar umbi.
"Lebih
lama kita tangguh lebih banyak kerosakan yang dilakukan oleh
pemimpin-pemimpin yang mendakwa membawa suara sebenar akar umbi.
"Kepada
akar umbi, pemilihan ialah tempat sebenar untuk mereka menghumban
pemimpin yang mereka rasa tidak mewakili pandangan mereka demi masa
depan parti," katanya kepada Astro AWANI.
Tambahnya, UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) harus mencari titik persamaan dengan segera.
"Pandangan
saya tidak salah jika UMNO untuk meneroka sebarang strategi termasuk
untuk berkerjasama dengan musuh jika Bersatu masih terus menekan dan
membuli UMNO dan ingin melemahkan parti.
"(UMNO,
Pas, Bersatu) Cari titik persamaan jika mereka benar-benar ikhlas ingin
melihat kerajaan Melayu Islam terbesar dalam sejarah terus menerajui
kerajaan demi kesejahteraan negara," ujarnya.
Astro AWANI
sebelum ini melaporkan Najib sebagai berkata, tidak mustahil UMNO boleh
bekerjasama dengan pihak atau parti yang telah dilabel sebagai ‘musuh’
politik, seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kata
Ahli Parlimen Pekan itu, parti yang pernah beliau pimpin selama
sembilan tahun itu sememangnya mengamalkan pendirian terbuka kepada
semua pilihan.
Begitupun tegasnya, ia haruslah mendapat persetujuan pemimpin dan akar umbi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan