Fareez Azman
Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjunjung titah Yang
di-Pertuan
Agong dan segera menasihati Seri Paduka Baginda memanggil
sidang Parlimen
seawal Mac depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjunjung titah Yang
di-Pertuan Agong dan segera menasihati Seri Paduka Baginda untuk
memanggil sidang Parlimen seawal Mac depan.
Demikian tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan media pada Rabu.
"Majlis
Presiden Pakatan Harapan menjunjung kasih ke atas DYMM Yang di-Pertuan
Agong di atas pandangan yang dizahirkan hari ini bahawasanya Parlimen
boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh
yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat YAB Perdana
Menteri.
"Ini selaras dengan apa yang
termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa
Perlu) 2021," jelas kenyataan itu.
Malah
Pakatan Harapan serta majoriti Ahli Parlimen berpendirian bahawa ketika
pihak Eksekutif dan Kehakiman boleh berfungsi sewaktu darurat
dikuatkuasakan, Parlimen juga perlu memainkan peranan dalam tadbir urus
kerajaan.
"Oleh itu, kami akan mendukung
penuh hasrat Seri Paduka Baginda untuk memulihkan kedudukan Parlimen
dalam memainkan peranan penting dalam Perlembagaan Malaysia,
mengetengahkan isu-isu serta masalah yang dihadapi rakyat dalam usaha
membendung pandemik COVID-19, serta merencana langkah-langkah bagi
menghidupkan semula ekonomi negara.
"Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri perlu menjunjung titah dan segera
menasihati Seri Paduka Baginda untuk memanggil sidang Parlimen seawal
bulan Mac sepertimana diperkenan Tuanku di dalam Takwim Parlimen sebelum
ini," jelas kenyataan media itu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan