HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 Februari 2021

Tak Sokong Mahathir, Saya Ok Jadi Jahat


Rasanya kita semakin hampir pada pilihanraya ke 15. Kerana itu kita melihat Tun Mahathir munculkan diri dan bercakap soal politik. 

Beliau tak bercakap soal ekonomi dan negara. Sekali sekala ada menyentuh tentang kuasa Muhyiddin Yassin. Itupun kerana TSMY ialah seorang Perdana Menteri. Jawatan ini sangat penting bagi Tun Mahathir. Beliau mesti mendapatkan ia buat kali keempat walaupun beliau bukanlah orang yang gila kuasa. Negara ini perlu diselamatkan oleh Tun Mahathir; orang lain tak boleh. 

1. Mahathir akui diminta (didesak) untuk menjadi Perdana Menteri pada PRU14. Ada rombongan demi rombongan datang dan minta Tun Mahathir berbuat sesuatu.

Rujuk : https://www.sinarharian.com.my/article/124316/BERITA/Nasional/Saya-didesak-kembali-jadi-PM-kata-Dr-Mahathir

Alangkah bagusnya jika Tun mendedahkan nama-nama mereka yang datang secara rombongan bagi mendesak Tun Mahathir menyelamatkan negara. Lebih baik kita pergi terus kepada punca bagi menyelesaikan masalah. Masalah kita bukan Tun Mahathir tetapi rombongan itu. Mereka buat kita haru hiru dengan tindakan Tun Mahathir. Perlu kita tahu siapa mereka dan andaikata mereka ialah wakil rakyat dan ahli parlimen; eloklah kita bunuh terus karier politik mereka kerana jika mereka 'hidup'; kita terus mati dan mati angkara Mahathir. Ada ramai orang yang lahirnya zaman Tun Mahathir dan matinya masih Mahathir. Ada ramai orang belum lahir Mahathir sudah ada; dan semasa mati, Mahathir kekal ada. Malaysia tak pernah bebas dari Mahathir; kerana rombongan itu. Jadi kita perlu hapuskan rombongan tu dulu jika nak merdeka dari Mahathir.

2. Mahathir memberitahu beliau boleh masuk UMNO semula tetapi perlulah UMNO yang bebas dari penyangak dan UMNO yang kembali ke perjuangan asal. Tun akui masih sayangkan parti UMNO tetapi bukan pemimpinnya.

Rujuk : https://www.astroawani.com/berita-politik/saya-boleh-kembali-kepada-umno-tun-mahathir-283397

- Nampaknya UMNO adalah hotel. Tun boleh check in dan check out ikut kemahuannya. Tuan punya hotel tak ada kata putus; jika Mahathir mahu beliau boleh kembali pada UMNO dan UMNO ada disitu untuk terima sahaja setiap keputusan Mahathir. Dan jika Mahathir kembali kepada UMNO ia sebenarnya perkara gembira kerana Pakatan Harapan baru sahaja terlepas dari bala. Oh yer, Pakatan Harapan masih belum sedar diri walaupun dah berdarah kiri kanan, depan belakang, atas bawah; mereka masih belum sakit. Selagi mereka masih ada nafas selagi itu mereka tak akan berputus asa terhadap Mahathir. Mempertahankan kerjasama dengan Mahathir adalah perjuangan mereka yang terbaru; kembali semula kepada penyokong bukan lagi satu pilihan. Btw; konsep penyangak yang difahami Mahathir adalah berbeza dari konsep penyangak yang difahami oleh orang awam. Sesiapa yang mahu mentadbir negara ini tanpa acuan Mahathir; mereka adalah penyangak.

3. Mahathir berkata, Anwar memberitahu kepadanya, budak-budaknya jahat dan dia tak mampu mengawalnya. 

Rujuk : https://www.malaysiakini.com/news/563329

- Memang budak-budak Anwar jahat. Jahatnya mereka kerana tak mampu menyokong pentadbiran Mahathir yang huru hara, caca marca, kacau bilau dan merapu. Kita ada manifesto bukan kitab suci dan kita jahat kerana tak boleh nak sokong kenyataan tersebut. Kita ada isu janji Lynas dan PTPTN yang dicampak dalam tong sampah, dan kita jahat kerana tak sokong keputusan kerajaan. Ada banyak keputusan flip flop; uturn. Menteri sijil palsu, kereta terbang. Nak dekat PRK, beli jiwa anak muda dengan BSH RM100. Kenapa la nak jadi baik dengan sokong semua keputusan Tun Mahathir dan menteri kabinetnya. Kenapa perlu jadi baik untuk Mahathir pun? Ianya ok, menjadi jahat jika tak sokong Mahathir. Ia perkara yang bagus anyway. Jahat dan tanpa Mahathir.
-

Tiada ulasan: