HALAMAN SANTAI

Jumaat, 20 Ogos 2021

‘Alhamdulillah’ – Zuraida Kamaruddin

 Oleh Media Mulia

PETALING JAYA: ‘Alhamdulillah’.

Demikian tulis Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin sambil menyelitkan gambar bersama beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Pas, Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan komponen PN lain menghadap Seri Paduka hari ini.

Ini susulan 114 Ahli Parlimen memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kesembilan. UTUSAN

Tiada ulasan: