Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak diberikan kredit oleh anak muridnya yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas parti itu kembali berkuasa di Putrajaya.
Sebaliknya Zahid menyifatkan kejayaan UMNO dapat menjadi dominan dalam kerajaan adalah disebabkan langkah dan usaha yang diambilnya sejak awal-awal lagi, malah rancangan untuk mengembalikan kuasa kepada parti itu bermula sejak tiga tahun lalu.
“Kita sentiasa bersedia memimpin kerajaan sekiranya apa-apa terjadi kepada kerajaan sekarang. Itu antara kandungan ucapan saya pada Perhimpunan Agung UMNO kira-kira tiga tahun yang lalu.
“Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang diadakan selepas kita tewas Pilihan Raya Umum Ke-14 angkara fitnah. Apa yang dinyatakan Presiden UMNO pada hari tersebut telah pun dijadikan kenyataan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Realitinya, kejayaan UMNO kembali berkuasa di Putrajaya adalah disebabkan kerjasama Anwar yang bekerjasama dengan Zahid, namun yang berlaku sebaliknya apabila Ketua Pembangkang itu ditipu dan gagal menjadi Perdana Menteri Ke-9.
Zahid juga yakin UMNO akan menjadi lebih kuat selepas ini dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan dijalankan sebaik krisis kesihatan negara kembali reda.
“Jika kita berjaya mendepani landskap politik hari ini kita akan kembali kukuh. ‘We are the better option’. Kitalah pilihan terbaik untuk kembali menjadi kerajaan sebelum atau selepas PRU-15.
“Maka itu perjuangan UMNO seterusnya. PRU-15 yang bakal diadakan selepas pandemik terkawal matlamat yang sebenar,” katanya lagi.
Semalam, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai PM-9 menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai PM selepas hilang majoriti apabila 15 Ahli Parlimen UMNO termasuk Zahid menarik sokongan terhadapnya.
Percaturan itu menyaksikan Ismail Sabri diangkat sebagai PM bagi memimpin kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan