Ilmuan terkenal Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong mendedahkan sikap bangsat dan banjingan sesetengah ahli politik Cina yang menolak tawaran bipartisan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, tetapi kini menjilat semula ludah mereka.
“Begitu halnya dengan tawaran itu, sama ada diterima pada kesempatan pertama dihulurkan atau kehilangannya selama-lamanya.
“Namun, itulah sikap bangsat lagi bajingan yang ada pada ahli politik berkenaan walaupun masih terdapat yang tidak rakus,” katanya tanpa menamakan atau merujuk kepada mana-mana pemimpin atau parti politik Cina terbabit.
Ulasan beliau dibuat tatkala pemimpin DAP meminta kerjasama politik dwipartisan daripada kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sedangkan sebelum ini parti sama yang menolak mentah-mentah tawaran kerajaan PN di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebelum ini, PH yang turut dianggotai DAP menolak mentah-mentah pelawaan Muhyiddin untuk mewujudkan kerjasama bipartisan dalam usaha menangani krisis negara akibat pandemik Covid-19. Malah Kerajaan PN juga mengemukakan tujuh ‘keistimewaan’ jika pembangkang menerima tawaran itu.
Mengulas lanjut, Kok Seong yang juga Felow Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Majlis Profesor Negara menyifatkan ahli politik Cina itu ‘menjilat ludah sendiri’ apabila meminta politik dwipartisan daripada kerajaan sekarang.
Memetik tulisan beliau dalam Utusan hari ini, Kok Seong berkata tawaran politik dwipartisan oleh pemerintahan terdahulu bukan sahaja ditolak mentah-mentah tanpa mahu melihatnya langsung, malah ia juga diperlekeh dan dikeji.
“Ini kerana bukan ia tidak bagus tetapi mereka meyakini peluang baik mendapat kuasa untuk diri sendiri tanpa perlu berkongsi melalui politik damai yang dihulurkan itu.
“Setelah kecundang, mereka ini khususnya ahli politik Cina mahu menjilat ludah sendiri dengan memohon politik dwipartisan itu kembali diamalkan oleh pemerintahan baharu yang tidak pernah pun menawarkan pakej sebegitu.
“Kini ia mahu diterima malah dituntut pula daripada pihak lain yang sama sekali tidak menawarkannya. Ini bukan sahaja sama sekali tidak betul dari segi moral, ia memperlihat kebebalan yang jahil,” katanya.
Kok Seong berkata sikap itu bukan sahaja penuh dengan tahap lahap yang sangat menjijikkan, malah ia adalah pemikiran dan tingkah laku amat terdesak sehingga sanggup menerima kembali sesuatu yang pernah dicemuh.
“Sesungguhnya ini sikap orang yang tidak tahu malu,” katanya.
Beliau bagaimanapun memuji sesetengah ahli politik Cina yang memiliki integriti tinggi kerana pada setiap masa mengamalkan politik formal iaitu prinsip kekuasaan yang pertama-tamanya mengutamakan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Mereka ini katanya, mahu menerima tawaran oleh pemerintahan terdahulu walaupun masih berseteru dari segi politik.
” Ini mahu dilakukan semata-mata demi kepentingan negara tercinta dan bukan untuk kebaikan diri dan parti politik mereka. Sebetulnya negara amat memerlukan mereka ini yang tidak pun ramai pada jumlah lebih besar,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan