HALAMAN SANTAI

Jumaat, 6 Ogos 2021

Ismail jangan goyah dengan ugutan Zahid

  Borhan Abu Samah

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Amaran itu diberikan kepada Ismail kerana dipercayai Naib Presiden UMNO itu menjadi orang yang mendapatkan tandangan ahli parlimen UMNO untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Ismail dikatakan mengadakan pertemuam dengan ahli parlimen UMNO selepas bertemu Muhyiddin, pada malam Zahid mengumumkan UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan PN.

Pada keesokannya apabila Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong beliau mendapati Zahid hanya mempunyai sokongan lapan orang ahli parlimen dan empat daripada mereka pula telah menandatangani kedua-dua surat iaitu menyokong serta tidak menyokong PN.

Ini bermakna hanya tinggal empat sahaja yang memberi sokongan sebenar kepada Zahid.

Risikan sumber mendapati mereka yang menyokong Zahid ialah Zahid sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Ahmad Maslan dan Ramli Mohd Nor.

Justeru gerak kerja Ismail agak berkesan, tetapi tidak cukup kemas kerana sepatutnya beliau mempunyai pengaruh yang kuat di dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Ismail sepatutnya memainkan peranannya untuk mengukuhkan pengaruhnya di daam parti. Jadi apabila dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau sepatutnya memilih setiausaha politik dan lain-lain jawatan bagi mendampingi beliau terdiri daripada ahli MKT.

Untuk menguasai bahagian parti, beliau perlu terlebih dahulu menguasai MKT. Ismail juga dikatakan tidak bersuara sebagai pemimpin yang hirarki paling tinggi di dalam parti yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan.

Oleh itu Ismail perlu memperkemaskan lagi gerak kerja beliau supaya tidak disalah anggap mendapat tengkolok tanpa perlu berpencak dan memasang lukah di dua lubuk.

Tiada ulasan: