Faris Danial Razi
Shahril
Hamdan kiri) yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO telah diberi
kepercayaan yang tinggi untuk menjadi Ketua Penerangan dalam parti itu. -
FB/Apa Khabar Semua
KUALA LUMPUR: Negara mempunyai ramai pemain besar melibatkan golongan anak muda yang berpotensi menentukan sesebuah kerajaan.
Melihat
kepada setiap wakil golongan muda di setiap parti, pemimpin masa
hadapan ini ternyata dilihat dapat mengetengahkan idea-idea baharu dalam
pentadbiran.
Dalam satu perkongsian status di Facebook ‘Apa Khabar Semua’,
antara 'pemimpin muda hebat' yang disebut dari parti UMNO ialah Ketua
Penerangan, Shahril Sufian Hamdan dan Tuan Mohd Shahar antara yang
dilihat berpotensi besar diangkat mengetuai sesebuah kementerian.
“Shahril
Hamdan yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO telah diberi kepercayaan
yang tinggi untuk menjadi Ketua Penerangan dalam parti itu.
“Kenapa
tidak beliau diberikan peluang menggalas tanggungjawab di peringkat
kerajaan. YB Tuan Mohd Shahar juga memainkan peranan besar sebagai Ketua
Pemuda UMNO Pahang dan telah dipilih rakyat sebagai Ahli Parlimen Paya
Besar,” jelas akaun Facebook tersebut.
Selain
itu, pemimpin muda Pas juga antara yang dilihat terkehadapan dalam
membawa isu rakyat kerana pernah beberapa kali usul yang dibawa oleh
pimpinan muda Pas, Senator Ir Ts Khairil Nizam dan Ustaz Fadhli Shaari
diterima oleh pihak kementerian.
“Pemimpin Pas juga antara pemegang rekod pemimpin yang berintegriti dan bebas rasuah.
“Pemimpin seperti inilah yang menjadi aspirasi anak muda untuk terus menaruh kepercayaan kepada politik tanah air kita.
“Kehadiran mereka di peringkat kementerian pastinya memberi saingan kepada pemimpin muda dari parti lain,” jelasnya.
Sementara
itu, menurut akaun tersebut, Parti Bersatu walaupun masih baharu tetapi
mempunyai kepimpinan muda yang berpotensi besar seperti Wan Ahmad
Fayhsal dan Hilman Idham.
“Wan Ahmad
Fayhsal pernah diberi kepercayaan sebagai Timbalan Menteri KBS era
pemerintahan Kerajaan PN, malah Hilman juga memainkan peranan penting
sebagai setiausaha politik Menteri MITI, Datuk Seri Azmin Ali dalam
memberi idea baru dalam kementerian.
“Beliau
juga telah diberi kepercayaan rakyat sebagai ADUN Gombak Setia dalam
PRU14 lepas,” ujar akaun Facebook itu dalam satu muat naik status pada
Khamis.
Mengulas lanjut, kenyataan akaun
itu turut berpandangan, politik tanpa prinsip akan menyebabkan fokus
utama menyelesaikan isu rakyat beralih kepada pertikaian hal remeh tanpa
kesudahan.
"Politik berprinsip akan menyebabkan kita sentiasa tenang ketika di berada di atas atau saat kita di bawah.
"Anak
muda perlu mengambil iktibar daripada krisis politik yang berlaku dan
perlukan satu acuan baru untuk membentuk politik yang lebih sihat demi
rakyat Malaysia," kata akaun itu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan