HALAMAN SANTAI

Selasa, 3 Ogos 2021

‘Nak buktikan kerajaan tiada majoriti itu tugas Anwar’

Oleh ASLINDA NASIR
SHAHIDAN KASSIM

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar untuk menunjukkan bukti yang kerajaan kini hilang majoriti.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ia adalah tugas Anwar untuk membuktikan perkara itu dan bukannya tanggungjawab kerajaan untuk melayan kerenah pembangkang.

“Kerajaan PN mempunyai cukup majoriti untuk memerintah. Kalau Anwar kata tidak cukup, buktikan bahawa kami tidak cukup majoriti.

“Nak membuktikan yang kerajaan tidak cukup majoriti adalah tugas Anwar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Anwar hari ini mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang sokongan majoriti di Parlimen.

Beliau dalam masa yang sama turut mendakwa kerajaan Perikatan Nasional telah tumbang apabila anggota Parlimen menarik sokongan mereka terhadap pentadbiran Muhyiddin.

“Hari ini kita berkumpul untuk menyatakan bahawa, secara jumlah ahli Parlimen, kerajaan Muhyiddin telah jatuh, tumbang hari ini. Dan saya dapat maklumat dari parti-parti lain ada mengemukakan senarai yang minta keluar dari PN,” katanya.

Tiada ulasan: