HALAMAN SANTAI

Khamis, 5 Ogos 2021

PAS dukacita langkah Zahid arah MP UMNO tarik diri daripada kerajaan PN


PAS mengajak semua pihak tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum untuk sama-sama membantu dan mendukung Pelan Pemulihan Negara (PPN)

Tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengarahkan Ahli Parlimen UMNO menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) amat mendukacitakan, kata PAS.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu pengkhianatan terhadap perjanjian dalam Piagam Muafakat Nasional yang dipersetujui kedua-dua parti sebelum ini.

“Tindakan itu juga tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti termaktub di dalam Piagam Muafakat Nasional.

“Ia secara tidak langsung akan menggugat perancangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan usaha menangani penularan wabak Covid-19 serta usaha membantu rakyat yang terjejas teruk kini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tuan Ibrahim juga berkata PAS kekal dengan pendirian untuk mempertahankan kesatuan politik Islam dan Melayu dengan menegaskan asas penubuhan Muafakat Nasional perlu dikembalikan.

Walau bagaimanapun, PAS kekal dengan asas penubuhan Muafakat Nasional yang bermatlamatkan kesatuan ummah serta membina kekuatan politik Melayu Islam perlu terus dipertahankan demi kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara,” katanya lagi.

Terdahulu UMNO menerusi kenyataan Zahid mengisytiharkan bahawa parti itu menarik semula sokongan terhadap PN dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun Muhyiddin dalam kenyataannya semalam mendakwa masih mempunyai majoriti sokongan dan akan dibuktikan keabsahan dalam sidang Dewan Rakyat pada September depan.

Tiada ulasan: