HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 Ogos 2021

Pembangkang sedia pertimbang tawaran PM, enggan terlepas peluang kedua

 


Tawaran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bekerjasama sedia dipertimbang blok pembangkang, Pakatan Harapan yang enggan terlepas peluang kedua selepas menolaknya sebelum ini.

Ismal Sabri dalam ucapan sulungnya hari ini berkata kerajaan menawarkan kerjasama itu melalui penyertaan dalam Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Kata Ismail Sabri Yaakob ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua pihak melupakan perbezaan demi demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata PH belum membincangkan tawaran berkenaan tetapi perbincangan harus diadakan supaya ia dapat diperincikan.

“Saya berpandangan Perdana Menteri perlu mengadakan perbincangan atau pertemuan segera dengan Anwar dan kepemimpinan pembangkang untuk memperinci cadangan berkenaan, sebelum kami memutuskan sama ada akan turut serta atau pun tidak.

“Perbincangan itu penting bagi kami memahami bentuk kerjasama dimaksudkan, supaya kami boleh melihat cara terbaik mencapai maksud dan matlamat sebenar iaitu menangani COVID-19, membantu menghidupkan semula ekonomi serta menjaga kebajikan rakyat.

“Ramai yang pastinya tidak mahu pembabitan pembangkang ini hanya bersifat ‘tokenistic’ atau sekadar cukup syarat saja,” katanya dipetik lapor portal Berita Harian.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga membuat tawaran sama tetapi ditolak mentah-mentah oleh blok pembangkang yang terlalu teruja untuk menggantikan PM baharu dengan Ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Anwar gagal mendapatkan majoriti yang diperlukan untuk menjadi PM sebaliknya Ismail Sabri mengatasinya dengan jumlah 114 menyokongnya.

Susulan itu, penyokong pembangkang menyalahkan Anwar dan pemimpin pembangkang kerana bertindak menolak tawaran awal oleh Muhyiddin serta menjadi punca UMNO kembali dominan menguasai pentadbiran kerajaan pusat.

Tiada ulasan: