HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 Ogos 2021

“Pergi Mampus Perjuangan Akhirat, Yang Penting Tukar Kerajaan” – Geng Baju Hitam

THE PROFESSOR

Dalam erti kata lain, desakan ini adalah bersifat duniawi kerana golongan geng baju hitam ini tidak pernah pun membuat demonstrasi di hadapan rumah ibadat.

Jika mereka turun padang memakai baju hitam mendesak pihak berkuasa yang menjaga surau dan masjid berundur dan pastikan semua umat Islam beribadah, itu lain ceritanya.

Namun ideologi itu tidak berlaku kerana perjuangan untuk akhirat dianggap sampah bagi segelintir mereka sebaliknya politik harus dijulang sebagai nadi kehidupan.

Bagi rumah ibadat, biarlah orang alim yang bakal pupus sahaja berjuang dalam media sosial dan patuh apabila kerajaan tidak membenarkan sebarang aktiviti umum.

Untuk politik dan pentadbiran negara, perjuangannya dianggap lebih suci dan mati dalam keadaan malu jika parti politik yang disertai gagal menjadi kerajaan.

Menariknya, perjuangan ini disertai oleh golongan muda yang sepatutnya menjadi nadi negara Malaysia yang memperjuang Islam pada akhir zaman.

Tetapi perkara itu pasti tidak akan berlaku kerana setiap perkataan atau tindakan yang berkait dengan agama, mereka akan melabelkan sebagai ‘Pas’ secara holistik.

Dajjal Janjikan Syurga Dunia Dan Neraka Akhirat

Ketika bersembang dengan geng baju hitam, antara yang terpacul daripada mulut mereka adalah : “Pergi mampus perjuangan untuk akhirat, yang penting tukar kerajaan.”

Menakutkan, yang melafazkan itu adalah Melayu Islam yang masih muda usianya namun tidak pasti mengapa nilai Islam langsung tidak terpancar.

Adakah ini pra-perarakan hitam seperti mana yang akan dianjurkan oleh pengikut Dajjal semasa meraikan kedatangannya kelak?

Tidak mustahil lebih ramai generasi muda akan terikut-ikut walaupun tidak tahu apa-apa mengenainya.

Hal ini kerana mereka akan menganggap perarakan baju hitam sebagai corak budaya dan tanda protes semasta-mata untuk melawan ketidak adilan dunia.

Memartabatkan nilai Islam, membina tamadun Melayu moden atau mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan? Ia tidak termasuk dalam objektif perjuangan anak muda!

Tiada ulasan: