K enyataan Media
MAPIM
menuntut supaya jemaah kabinet yang bakal dibentuk hendaklah
diperkecilkan dan kecekapan dan ketelusan dipertingkatkan. - Gambar fail
KAMI menuntut supaya jemaah kabinet yang bakal dibentuk hendaklah diperkecilkan dan kecekapan dan ketelusan dipertingkatkan.
Kerajaan yang bersifat dan melambangkan penglibatan rentas politik dan rentas professionalisme perlu diujudkan.
Kami
menegaskan kerajaan perlu memastikan kedudukan GLC perlu dipimpin oleh
ahli professional bebas politik. GLC tidak harus menjadi agensi yang
dijadikan alat untuk memberi habuan kepada penyokong politik.
Pentadbiran
kerajaan yang baharu mesti mengutamakan merit kepakaran. Pelbagai
jawatan perlu diisi dengan golongan yang berwibawa bukan oleh ahli
politik untuk mengekalkan sokongan.
Sebuah
Majlis Pemulihan Negara yang bebas politik perlu diujudkan. Mereka yang
dilibatkan mesti memilikki kredibiliti, integriti dan keahlian dalam
pelbagai bidang seperti kesihatan ekonomi, undang-undang, sosio- budaya,
sains dan teknologi .
Kami juga menggesa
agar sistem Demokrasi Berparlimen mesti dipelihara dan berfungsi
sepenuhnya.
Kami menolak jika kerajaan mencabuli proses parlimen seperti
yang berlaku oleh kerajaan yang lalu.
Tumpuan
untuk menangani pandemik COVID-19 dan kesan ekonomi perlu melibatkan
kepakaran dari pelbagai bidang. Polisi yang konsisten dan menepati
matlamat dan sasaran perlu dirangka dengan segera.
* Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden MAPIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan