Astro Awani
Musa
Hitam berkata semua Ahli Parlimen sepatutnya tidak melepaskan peluang
besar itu bagi menangani pandemik ini. -Gambar Facebook Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat perlu jadi sebagai platform menyelesaikan cabaran COVID-19 dan bukan tempat mencari salah sesiapa.
Bekas
Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata, semua Ahli Parlimen
sepatutnya tidak melepaskan peluang besar berkenaan bagi menangani
pandemik yang menjadi musuh yang tidak dapat dilihat.
"COVID-19
ini tidak ada apa pun kita nak cari salah dan memang bukan tempatnya
kita nak cari salah kerana kita menghadapi musuh kepada semua baik
pembangkang atau kerajaan, yang berpangkat tinggi, atau orang biasa.
"Kita
tahu semua ini. Malangnya apabila Parlimen dipanggil khusus, saya tidak
mahu melibatkan diri dengan (mengatakan) siapa yang betul dan siapa
yang salah.
"Yang
telah diputuskan dan dijalankan misalnya pada baru-baru ini, untuk lima
hari sidang, pada saya itulah peluang yang terbesar yang boleh disambar
oleh semua Ahli Parlimen.
"Nak
bertengkar ke, soalnya ialah supaya kita dapat menghadapi atau
memusnahkan cabaran COVID-19," katanya melalui wawancara khas Sinar Harian Bersama Musa Hitam yang turut disiarkan di Facebook Live Sinar Harian pada malam Sabtu.
Sidang Dewan Rakyat yang baharu berlangsung selama empat hari kecoh susulan isu pembatalan semua Ordinan Darurat oleh kerajaan.
Persidangan pada 2 Ogos bagaimanapun ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan
kelak.
Kata
Musa, baik Ahli Parlimen pembangkang mahupun kerajaan sepatutnya
bersepakat melakukan suatu perancangan berhubung pandemik COVID-19
daripada bertelagah di Parlimen.
"Saya
tahu ahli-ahli Parlimen ini ada idea dan sebagainya. Misalnya, mereka
perlu ada satu projek yang boleh dilaksanakan," katanya lagi.
Ketika ini, katanya, rakyat memerlukan perhatian wakil rakyat dalam memastikan setiap orang mendaftar dan divaksinasi.
"Setiap seorang Ahli Parlimen perlu balik kawasan dan pastikan setiap penduduk sudah didaftar, dan divaksinasi.
"Kalau tidak, Ahli Parlimen perlu bertanggungjawab 100 peratus memastikannya.
"Yang penting sekali ialah divaksinasi, tetapi masih ramai lagi tidak divaksinasi.
"Setiap Ahli Parlimen dan ADUN perlu ada pakai PPE dan melawat semua penduduk untuk pastikan mereka ambil vaksin," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan