HALAMAN SANTAI

Rabu, 25 Ogos 2021

Tolak tawaran Muhyiddin, kini pembangkang tak malu gesa tunai janji sama

Blok pembangkang hilang kewarasan apabila menggesa supaya Perdana Menteri (PM) baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melaksanakan tawaran ditolak mereka sebelum ini yang dicadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan hari ini mendesak beberapa perkara yang dilihat sama dengan tawaran dibuat oleh Muhyiddin kepada mereka tetapi menolaknya kerana terlalu percayakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Blok pembangkang menggariskan empat tuntutan yang sama dengan tawaran dibuat oleh Muhyiddin sebelum ini, tiga tuntutan lain tersebut adalah menggesa kerajaan baharu melaksanakan Undi 18 dan Akta Anti Lompat Parti, reformasi dan penambahbaikan Pelan Pemulihan Negara, reformasi fiskal dengan meningkatkan jumlah bantuan untuk rakyat termasuk suntikan tunai RM45 bilion secara langsung dan reformasi institusi dengan memperkasa Parlimen melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen, memperkukuh fungsi semak imbang Parlimen, serta mengiktiraf peranan Pembangkang dengan benar-benar dilibatkan dalam usaha dan ikhtiar Kerajaan.

Untuk rekod, semua tuntutan tersebut adalah tawaran Muhyiddin sebelum meletakan jawatannya sebagai PM Ke-8.

“Memandangkan Kerajaan terdahulu yang dipimpin mantan Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin, gagal menangani pelbagai masalah termasuk isu COVID-19, dan memandangkan Jemaah Menteri yang baharu bakal dibentuk, Pakatan Harapan berpandangan bahawa Perdana Menteri wajar memberikan pertimbangan terhadap isu-isu yang dibangkitkan di atas demi rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan bersama Anwar, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

PH sebelum ini menolak tawaran tersebut kerana terpengaruh dengan penipuan Anwar yang mendakwa kononnya memiliki majoriti untuk menjadi PM.

Bagaimanapun, Anwar gagal mendapatkan majoriti yang diperlukan untuk menjadi PM sebaliknya Ismail Sabri mengatasinya dengan jumlah 114 menyokongnya.

Susulan itu, penyokong pembangkang menyalahkan Anwar dan pemimpin pembangkang kerana bertindak menolak tawaran awal oleh Muhyiddin serta menjadi punca UMNO kembali dominan menguasai pentadbiran kerajaan pusat.

Tiada ulasan: