Abd Razak Mohd Ali

Timbalan
Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan menegaskan, perbezaan pendapat
tidak bermakna MIC tidak bersama dalam BN. - Gambar fail
IPOH:
Walaupun ada ketika berbeza pandangan dengan UMNO, namun, MIC tidak
pernah bermusuh dengan rakan-rakan dan akan sentiasa bersama dalam
Barisan Nasional (BN).
Bahkan, MIC juga tidak pernah lari walaupun BN tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
Menurut Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan, perbezaan pendapat tidak bermakna mereka tidak bersama dalam BN.
Tegas
beliau, berselisih pendapat merupakan perkara lumrah kepada setiap
orang termasuk dalam kalangan suami isteri juga sering berbeza
pandangan.
“Di antara suami isteri pun
ada pandangan berbeza, apatah lagi di antara parti-parti politik. Kita
memang ada pandangan berbeza tetapi hubungan di antara UMNO, MIC dan MCA
kekal bersama.
“(Ini adalah kerana)
ketiga-tiga parti ini bukan ditubuhkan atas ekspresi individu tapi lebih
kepada sebagai satu perjuangan daripada sebelum kemerdekaan.
“Sebab itu apabila 2018, BN kalah, semua parti lari, yang tinggal tu MIC, MCA dan UMNO saja,” kata Saravanan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada E Philomena di sini, pada Jumaat.
Philomena
merupakan balu pengawal keselamatan, S Thavasagayam, 64, yang meninggal
dunia pada 27 Ogos lalu selepas lapan bulan dirawat akibat diserang
ketika bertugas di kolam renang sebuah kondominium di sini, pada
Disember 2020.
Turut hadir, Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan