Astro Awani

Ahli
Parlimen Port Dickson itu berkata adalah mengecewakan apabila
kepentingan rakyat tidak jelas dalam keputusan pemilihan pentadbiran
baharu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR :
Pemilihan barisan Kabinet dilihat lebih menjurus kepada percaturan
politik untuk memperkasakan jaringan lama dan mengekalkan kedudukan
anggota terdahulu, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau
yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, berkata adalah mengecewakan
apabila kepentingan rakyat tidak jelas dalam keputusan pemilihan
pentadbiran baharu berkenaan.
"Umumnya
rakyat kecewa. Pertamanya cara mengambil alih pimpinan itu adalah untuk
memperkuatkan jaringan lama dan rundingan itu lebih menjurus kepada
kedudukan masing-masing selain daripada hal-hal berlaku di luar berbeza
perundingan, semuanya ada jaminan kedudukan masing-masing.
"Tidak
tertera dari dasar kepentingan rakyat, kepentingan rakyat miskin,
kepentingan wilayah sama ada kawasan-kawasan yang dianggap terbiar di
Semenanjung, apatah lagi Sabah dan Sarawak
"...
orang lama kekal. Orang yang terbukti lembab atau gagal. Jadi sistem
itu nampak hanya untuk mengekalkan puak berkuasa dan tidak pedulikan
rakyat," dakwanya.
Beliau berkata
demikian dalam webinar bertajuk kebersamaan Pertubuhan Kinabalu
Progresif Bersatu (UPKO) dalam Perjuangan Pakatan Harapan pada Jumaat.
Turut
serta dalam webinar itu ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng,
Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred
Madius Tangau.
Mengulas lanjut, Anwar
mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, pernah memberi
bayangan tidak mempunyai pilihan dan terpaksa mengekalkan ramai anggota
Kabinet.
"Saya bersama Guan Eng dan Mohamad berjumpa dengan Perdana Menteri sehari sebelum Kabinet dibentuk.
"Kita
suarakan bahawa kerjasama ini (pembangkang dengan kerajaan) mungkin
tertakluk kepada beberapa perkara dasar dan beliau (bagaikan) memberi
bayangan seperti tidak boleh buat apa-apa kerana terpaksa kekal dengan
yang lama," dakwanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan