Sumpah Saiful ikut Kristian
Editor Buletin Online
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz berkata cara bersumpah mengangkat al-Quran sebagaimana yang dibuat oleh Saiful disifatkannya meniru cara orang Kristian.
''Apa yang membimbangkan kita ketika ini, ramai beranggapan bahawa apabila mengangkat sumpah, mesti kena pegang al-Quran sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam."
''Pegang-pegang al-Quran ini sama seperti orang Kristian bersumpah dan mereka bersumpah memegang Bible. Ini semua pengaruh yang tidak baik dan ditiru oleh orang Islam," katanya.
Beliau berkata, untuk melakukan mubahalah dalam Islam cukup dengan hanya melafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi.
Beliau turut menarik perhatian bahawa dalam sejarah Tanah Melayu terdapat dua orang pernah melakukan mubahalah iaitu bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Asri Muda di Masjid Kota Bharu dan bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman di Masjid Alor Star.
Abdul Hadi juga berkata, Anwar tidak perlu untuk melakukan sumpah laknat sepertimana yang dilakukan oleh Mohd Saiful untuk membersihkan namanya.
"Biarlah ia diputuskan oleh Mahkmah Syariah," katanya - Sumber Pelbagai Media.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan