Harakahdaily
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang prihatin dirayu untuk sama-sama menghulurkan bantuan dan meringankan beban penduduk Palestin khususnya di Gaza yang menderita akibat keganasan Israel melakukan pembunuhan secara besar-besaran baru-baru ini.
Harakah dan PAS sentiasa komited untuk terus membantu mangsa-mangsa kekejaman Israel di Palestin dan akan berterusan menghantar misi bantuan kemanusiaan dari masa ke semasa di samping bekerjasama dengan NGO-ngo yang terbabit secara langsung ke sana.
Demikian kata Ketua Pengarang Harakah dan Harakahdaily Ahmad Lutfi Othman dalam usaha memohon jasa baik orang ramai untuk terus menyumbang dana ke Tabung Kemanusiaan Harakah yang dilancarkan baru-baru ini oleh Pengarah Urusan Harakah Dato' Kamarudin Jaffar.
"Derita mereka wajar dikongsi bersama, bukan setakat memerhati atau bersimpati semata. Kepedihan dan keperitan yang dilalui melangkaui batasan-batasan kebiasaan, luar biasa dan sungguh memilukan.
"Segala yang dihulurkan, biarpun sedikit sekurang-kurangnya memberi manfaat besar kepada mereka. Kepada yang telah menghulurkan, moga Allah sahaja membalas budi dan jasa pembaca dan rakyat yang prihatin," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Image
Sementara itu Naib Presiden PAS Mohammad Sabu sebelum ini mengingatkan orang ramai supaya tidak menderma dan menyumbang dana kepada kumpulan yang tidak berjuang di Palestin malah dikatakan bersekongkol dengan Yahudi.
"Kita bimbang, ada yang membuat kutipan d masjid-masjid untuk derma Palestin tetapi kemudiannya menyalurkan dana tersebut kepada kumpulan yang tidak berjuang seperti Fatah yang yang tidak diiktiraf rakyat Palestin tetapi kerajaan yang bersekongkol dengan Yahudi," katanya.
"Saya menyeru orang ramai khususnya masarakat Malaysia yang prihatin untuk menderma kepada rakyat Palestin yang sebenarnya dan pejuang-pejuang yang berlawan dengan rejim zionis Israel," katanya. -azm
(Rayuan Gaza - Penghuni gaza kini diselubungi kepayahan dan keperitan angkara Zionis. Kewajipan untuk kita menghulurkan bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza. Hulurkan Bantuan anda ke Tabung Kemanusiaan Harakah, 14069010021298 BIMB) _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan