UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Persatuan Automobil Malaysia (AAM) meminta agar kerajaan membina lebih banyak lorong khas motosikal memandangkan 60 peratus kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal.
Cadangan ini dibuat berikutan kaji selidik AMM dan beberapa agensi kerajaan dan swasta yang meliputi 3,700 kilometer jalan raya di Semenanjung, kata Pengerusi AAM, Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha, dalam buletin terbaru AAM, Drive.
Tunku Mudzaffar berkata, kajian itu mengenal pasti jalan yang selamat dan berbahaya untuk pemandu motosikal berdasarkan taraf bintang yang diberikan.
"Jalan yang mempunyai laluan motosikal berasingan serta lebar dan mempunyai garisan penanda yang baik diberi lima bintang sementara jalan biasa yang mempunyai bahu jalan yang sempit dan berselekoh tajam diberi hanya satu bintang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan