HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 September 2013

1957 tahun crossroads, persimpangan



Oleh TAN SRI ABDULLAH AHMAD 


KEMARIN (istilah Pantai Timur) atau semalam (istilah Pantai Barat), Malaysia menyambut hari kemerdekaannya yang ke-56 secara sederhana. Menoleh ke belakang (looking back) 56 tahun dahulu – lama sebelum jenayah berat, kebanjiran pendatang asing, izin dan haram; semangat perkauman melampaui batas; bahasa Inggeris merosot dan parti pemerintah Umno menurun - fikiran, memori dan beberapa insiden, episod dalam kehidupan hamba melayang kembali.
 
Berhenti sekolah (keputusan berani, menguntungkan) atau seperti ditegaskan oleh Speaking: “the writer made a right decision, implying in retrospect a master stroke, though friends did not feel that way in March 1957.” Tinggal kursus separuh jalan kerana terlampau ingin mengasah bakat dalam dunia journalisme Inggeris.

Hamba, atau amba, tatkala berusia 20 tahun berhenti daripada RIDA Kolej (sekarang UiTM) di Jalan Othman Petaling Jaya, beberapa bulan sebelum kursus tamat adalah satu tindakan berani atau bodoh.  Apa pun, dengan hanya kelulusan menengah atas, hamba berhasrat mencapai dan menyumbang lebih dari qualifications dipunyai. Lima puluh enam tahun kemudian – walaupun pengajian hamba terpotong – rekod hidup hamba telah di ‘divindicatedkan’ yakni membuktikan tindakan hamba itu wajar dan membuah. Sumbangan atau kontribusi hamba biarlah dihakimkan oleh anak cucu kita.

Tahun 1957 adalah tahun crossroads pada negara kita (kemerdekaan, berdaulat). Pada hamba pula ia adalah satu persimpangan jalan – sama ada ke kiri, ke kanan; terus atau stop di persimpangan beberapa jalan itu!

Bagi mereka yang tidak kenal hamba kerana tidak membaca buku hamba (berjumlah sembilan semuanya - dua dalam bahasa Malaysia yang lain dalam bahasa Inggeris) atau artikel hamba, hamba suka memperkenalkan diri dan sejarah turun naik hamba: bekas tahanan politik, giat dalam dunia korporat, diplomasi dan kewartawanan pada satu masa – 50, 60, 70, 80, 90han dan awal 20han. Hamba seorang kelahiran Kelantan pada 4 Julai 1937.  Sebenarnya, ramai orang menyangka hamba anak Pahang kerana hamba bekerja dengan Tun Razak: dia hantar hamba berlatih di Amerika Syarikat (1960-1962) melalui biasiswa American Political Science Association, berkhidmat dengannya hingga dia kembali ke rahmatullah pada 14 Januari 1976. Kekuatan Tun Razak dia tidak mengenal apa lagi mempunyai sifat kenegerian yang keterlaluan. Tun Razak mengamal meritokrasi - memilih dan melantik pegawai, menteri atau timbalan menteri kerana kebolehan atau berbakat.  Sebelum dihantar ke Amerika, hamba berkhidmat dengan Straits Times Singapura,  berpengkalan di Kuala Lumpur selama tiga tahun (1957-1960).

Dua buku hamba - sila lihat iklan di bawah. Sila beli dan baca!

Negara kita baru mencecah pertengahan umur berbanding hamba sudah melintasi 76 tahun.  Lanskap politik dan sosial sudah jauh berbeza dan berubah semenjak 1957. Kalau parti pembangkang telah berjaya kata Speaking: “Malay Muslims and other Peribumi might not be where they are now – Melayu Islam dan Peribumi andainya parti pembangkang memerintah tidak akan berada di tahap kemajuan kini”. Waspada! pembangkang sedang mara walaupun bermusim. Walaupun DAP menguasai hanya satu negeri sahaja (Penang), DAP tegas, berani melaksana apa yang parti itu fikir wajar. Bayangkan tindakan DAP andainya DAP mengusai kerajaan pusat! Apa pun kemerdekaan tidak bermakna tanpa ekonomik dan sosial ekualiti. Kemerdekaan kini separuh penuh sahaja. Perjuangan untuk keadilan dan menegakkan kuasa sesuai dengan geografi, latar belakang sejarah  dan kebudayaan dan alam sekitar belum selesai lagi.

Najib, menteri dan penasihatnya  – resmi atau informal – harus sedar hari demi hari kerana impak propaganda pembangkang, pendidikan dan mass media rakyat di luar bandar pun sekarang sudah kurang takut, secara positif, terhadap gerakan oposisi. “We are no longer afraid of the opposition!” terang seorang penduduk di rancangan Felda di Pahang kepada hamba. Dia memeranjatkan hamba kerana bahasa Inggeris dan sembutannya baik. Apa pun, ‘the flavor of the national life and times is changing fast”. Pengundi dalam PRU14, akan lebih discriminating (arif membuat keputusan) and discerning yakni lebih pandai menilai dan canggih. Jangan kata saya tidak sampai mesej ini awal-awal lagi.

Tidak terlambat sebenarnya andainya kerajaan mempunyai an ordered plan – satu rancangan yang mantap dan tersusun; mengikut jadual melaksanakan rancangan itu tanpa takut dan segan. Langkah satu ini, langkah dua itu, langkah tiga, langkah empat dan langkah lima akan dilaksanakan tanpa takut dan malu. Langkah enam maksud tercapai: kemakmuran, keadilan, keamanan wujud dan bangsa, agama, bahasa dan kebudayaan negara benar-benar berdaulat!

Tiada ulasan: