KL TODAY
SHAH ALAM – Sama ada mampu atau tidak mengenepikan bayangan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mukhriz Mahathir dilihat mampu berdiri sendiri dan memberi saingan sengit untuk memenangi jawatan Naib Presiden Umno dengan prestasi yang ditunjukkan sepanjang karier politiknya. Penganalisis politik, Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, Mukhriz layak untuk bertanding jawatan tersebut kerana memenuhi landskap politik semasa di dalam Umno.
SHAH ALAM – Sama ada mampu atau tidak mengenepikan bayangan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mukhriz Mahathir dilihat mampu berdiri sendiri dan memberi saingan sengit untuk memenangi jawatan Naib Presiden Umno dengan prestasi yang ditunjukkan sepanjang karier politiknya. Penganalisis politik, Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, Mukhriz layak untuk bertanding jawatan tersebut kerana memenuhi landskap politik semasa di dalam Umno.
Menurutnya,
ketokohan dan kredibiliti yang ditunjukkan Mukhriz semasa menganggotai
Kabinet juga salah satu kekuatan sehingga layak untuk dipilih sebagai
naib presiden parti itu.
“Kekuatan
Mukhriz ini sebab beliau kompeten kepada tuntutan politik semasa yang
mahu tokoh muda dan imej bersih untuk meremajakan Umno.
“Beliau
juga ada ketokohan dan rekod yang baik dalam Umno yang boleh menjadi
indikator baru pada parti,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari
ini.
Mengikut
laporan media, jawatan Presiden Umno bakal menyaksikan persaingan enam
penjuru di mana tiga penyandang sedia ada dan tiga calon baru termasuk
Mukhriz.
Calon yang
menawarkan diri untuk bertanding dan mempertahankan jawatan dilihat
lebih “berpengalaman” dalam bidang politik seperti Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein,
Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad berbanding Mukhriz.
Dalam pada
itu, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan
dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd
Azizuddin Mohd Sani turut menyenaraikan tiga kekuatan Mukhriz yang
melayakkannya memenangi jawatan tersebut.
Katanya,
meskipun Mukhriz tidak boleh lari daripada bayangan Dr Mahathir namun
kehebatannya menjaga “track record” penyumbang untuk kemenangan dalam
perebutan itu.
Azizuddin
berkata, kejayaan Mukhriz yang selaku Menteri Besar Kedah membawa
senario baru dalam pentadbiran juga bakal meraih sokongan penuh
daripada ahli Umno di negeri tersebut.
“Beliau
yang jadi timbalan menteri sebelum ini dapat mengekalkan imej bersihnya
dengan tidak mengamalkan politik wang, rasuah dan sebagainya.
“Selain
itu, Mukhriz juga dilihat mampu mengalahkan calon lain kerana
kepercayaan yang diberikan serta kasih sayang terhadap Tun Mahathir yang
ditunjukkan rakyat negeri itu pada PRU lalu di mana Mukhriz dipilih
menjadi Menteri Besar,” jelasnya.
Selain
itu, Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal
Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, kehebatan Mukhriz adalah
prestasinya yang ‘negatif’.
Katanya,
ini kerana Ahli Parlimen Jerlun itu tidak pernah mempunyai jawatan yang
mencabar dalam Umno selain pernah menjadi timbalan menteri dan
timbalan ketua Pemuda.
“Dia orang baru, dia ada rekod ‘negatif’ dalam Umno, orang tak tahu lagi apa prestasi dia dalam parti.
“Itu kelebihan dia sebab rekod ‘negatif’ (tak ada rekod),” jelasnya.
Beliau
turut berkata, calon baru yang lain juga tidak begitu menonjol akan
memberi kelebihan kepada Mukhriz untuk merebut jawatan tersebut.
“Yang ada tiga orang penyandang lama dan dua calon baru pun tak hebat sangat, tak menonjol sangat,” tambahnya.
“Yang ada tiga orang penyandang lama dan dua calon baru pun tak hebat sangat, tak menonjol sangat,” tambahnya.
“Beliau
juga tak boleh nak ketepikan pengaruh bapanya, Tun Mahathir bagi
memastikan kemenangannya, beliau perlu bangga sepatutnya,” kata Jayum.
Proses
penamaan calon pemilihan Umno 2013 berlangsung serentak di seluruh
negara semalam, menyaksikan buat pertama kalinya kaedah pemilihan
baharu yang lebih telus dan demokratik digunakan parti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan