HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 September 2013

Generasi pasca-PKM temui sinar di Thailand

 


 

Gadis 21 tahun Xie Rui Juan cuma seorang remaja biasa dalam kereta api Sistem Aliran Transit Massa Bangkok (BTS).

Tetapi, berbeza dengan remaja sebayanya yang menuju ke pusat membeli-belah pada Ahad, Juan, begitu ia mahu dipanggil, dalam perjalanan untuk memberikan penghormatan terakhir pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

chin peng wake funeral 220913 xie rui juan"Pemergiannya berita besar kepada saya. Beliau seorang pemimpin dan ramai orang mengenalinya," kata Juan kepada Malaysiakini ketika ditemui di What That Thong, tempat penghormatan terakhir kepada tokoh kiri itu berlangsung.

Sebagai anak bekas pejuang PKM, Juan berkata, mereka membesar dalam keadaan menyoal apa yang dibuat bapa mereka di dalam hutan dan kenapa mereka tidak boleh menjadi "normal seperti bapa orang lain".

"Tetapi sekarang saya fikir beliau wira. Beliau berjuang untuk mempertahankan kehidupan kita," katanya.

chin peng funeral wake 220913 chavalit yongchaiyudhMenggunakan bahasa Mandarin yang fasih, Juan, yang dibesarkan di Kampung Pendamaian Betong, Selatan Thailan, antara generasi pasca-PKM.

Seperti ratusan lagi generasi mereka di kampung pendamaian di daerah itu, yang didiami bekas-bekas pejuang PKM, mereka nampaknya tidak banyak tahu berhubung pengkaderan selain apa yang diceritakan ibu bapa mereka.

"Pada saya, komunisme adalah tentang melakukan apa sahaja untuk kepentingan semua orang. Saya percaya padanya," katanya lagi.

Tiada ulasan: