HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 September 2013

KENAKALAN KUCING GEMOK KESAYANGAN TAIB MAHMOOD

KUCING GEMOK
Kini berita dari Borneo, Si KUCING GEMOK BN telah menjadikan dirinya kaya sejak beberapa tahun ini, menggunakan kaedah yang tipikal sama seperti yang diamalkan oleh konco-konco Taib yang lain yang mempergunakan hasil negeri dan rakyat mereka.
Tidak kurang dari 40 buah lesen kapal perikanan laut dalam daripada Kementerian Pertanian yang releven itu diberikan kepada  KUCING GEMOK. Nilai lesen-lesen ini, menurut sumber-sumber kami adalah diberikan percuma oleh kerajaan BN, adalah amat tinggi. Apa yang dilakukan oleh KUCING GEMOK suami-isteri adalah mengenakan bayaran pada sesiapa yang menggunakan lesen itu.
Maka tidak hairanlah bagaimana rupa bentuk badan KUCING GEMOK itu dapat menggambarkan jumlah yang lumayan hasil dari lesen-lesen berkenaan. Dua juta setengah ringgit telah diekstrak dari perniagaan yang asli oleh seseorang yang tidak perlu membida pemerolehan lesen dari kerajaan.
Bukan sahaja para nelayan yang terpaksa menaja kegiatan KUCING GEMOK, malah para pembayar cukai juga turut kehilangan pendapatan dari lesen-lesen ini, yang telah dibolot oleh KUCING GEMOK sebagaimana diamalkan secara tipikal oleh golongan parasit dari rejim BN. KUCING GEMOK sememangnya mengendalikan 15 lesen itu menurut akhbar Sarawak Tribune, sebuah akhbar milik dan dikendalikan oleh ahli keluarga Taib Mahm00d. Hakikatnya ini bukan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat setempat..
KUCING GEMOK DAN ISTERI PEMILIK NOBLE MERMAID

Dikaitkan dengan KUCING GEMOK dan bertindak selaku setiausaha dalam syarikat Noble Mermaid merupakan seorang lagi tokoh PBB, bekas pengerusi Sarawak Tribune, Awang Bemee Bin Ali Basah, bekas wakil rakyat bagi kawasan Nangka. Kedua-dua orang itu dikaitkan dengan Awang Tengah, mengatakan para pemfitnah dan KUCING GEMOK dipercayai telah membangunkan cita-cita politik dan rancangan untuk mewarisi kerusi kawasan Nangka sekiranya rancangan rampasan kuasa Awang Tengah itu berjaya nanti.

AWANG BEMEE SELAKU SETIAUSAHA NOBLE MERMAID
Pada hari ini Awang Tengah dan para penyokongnya telah didengar menerusi media mengatakan bahawa laporan mengenai konspirasi itu adalah tidak benar. Sebagai menyokong bantahannya dia telah mengampu ketuanya Taib Mahmood dan mendakwa bahawa dia sendiri adalah seorang yang tidak mempunyai sebarang cita-cita. Awang Tengah dan sekutu-sekutunya adalah silap apabila mereka mendakwa bahawa BN sentiasa bersatu-padu. Ini kerana semua orang di dunia ini tahu bahawa BN mempunyai masalah dan tidak lagi bersatu.
Sebenarnya tokoh-tokoh penting dalam BN telah berbalah sesama sendiri dan gabungan parti dalam BN pula semakin berpecah. Ketua Menteri sudah tidak mampu mengawal perpecahan ini.
Maka jika Awang Tengah dan para penyokongnya inginkan kita mempercayai bahawa mereka tidak mengendalikan rancangan rampasan kuasa mereka itu, usahlah bagi mereka mendakwa bahawa BN masih teguh bersatu!- sumber Sarawak Report
 
AWANG TENGAH
SIAPA AWANG TENGAH?
Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan
(DA, PNBS, PGBK, AMN)
JAWATAN TERKINI: (Menteri Kemudahan Awam Sarawak)

SIAPA KUCING GEMOK?
Radin Kadri Raden Budiman
JAWATAN TERKINI:  Ketua Pemuda PBB(BN) Sibu


*KENAKALAN KUCING GEMOK KESAYANGAN TAIB MAHMOOD

Seperti yang telah diceritakan sebelumnya,  KUCING GEMOK itu adalah seorang yang kaya hasil tangkapan laut luas melalui pemberian free 40 lesen tangkapan ikan laut dalam oleh taib mahmood.  Akan tetapi, kekayaan itu tidak mampu membuatkan dia duduk diam dan buat kerja dia, kekayaan itu hanya mengajak dia menjadi riak, sombong, takbur dan cubaan MERASUAH!! MERASUAH ADALAH ANTARA SIFAT KEJI HASUTAN SYAITAN! MERASUAH ADALAH HARAM! UMNOBN MENGAMALKAN URUSAN HARAM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN!

Dengan akaun samaran bernama  Madhan Kifle (id: https://www.facebook.com/madhankiflie?fref=ts), si KUCING GEMOK ini menghentam dan memfitnah Ustaz Aszfia Haris(id: https://www.facebook.com/aszfiaharis - Ketua Pemuda PAS Sibu

KUCING GEMOK MENGGUNAKAN AKAUN FB PALSU UNTUK MENFITNAH USTAZ ASZFIA

Apakah dengan membantu seramai 39 orang yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran adalah merupakan satu kesalahan terhadap KUCING GEMOK si ketua pemuda parti PBB itu? Hal yang paling menyedihkan orang kampung adalah apabila bantuan terhadap orang kampung yang kehilangan rumah akibat kebakaran baru- baru ini disekat oleh Taib Mahmood.. mereka kaya, biadab dan kurang ajar serta tidak berperikemanusiaan. Ustaz Aszfia dan keluarga dengan ikhlas memberi perlindungan terhadap 39 daripada 200 lebih mangsa kebakaran di kampung Datuk, Sibu Sarawak. Ingatkan di Semenanjung sahaja orang UMNOBN berperangai seperti syaitan, rupa-rupanya jauh nun di Borneo pun sama?!!
 
Di samping mengutuk dan menghina bantuan yang dihulurkan oleh Ustaz Aszfia- ketua pemuda pas sibu, si KUCING GEMOK juga cuba MERASUAH DAN CUBA MENGUMPAN ustaz Aszfia sebanyak RM100k supaya meninggalkan PAS.. Alangkah rendahnya moral si KUCING GEMOK kesayangan Taib Mahmood itu.. Sudahlah tidak mahu membantu orang kampung yang kehilangan tempat berteduh, riak dan sombong dengan kekayaan yang diraih dengan 40 lesen tangkapan laut dalam yang di perolehinya secara percuma, mahu merasuah dan mahu ‘membeli’ orang pula..


HINAAN KUCING GEMOK TERHADAP USTAZ ASZFIA
KUCING GEMOK HINA USTAZ ASFIA
CUBAAN KUCING GEMOK MERASUAH SEBANYAK RM100K

p/s: Sememangnya UMNOBN memang buruk membusuk luar dalam dari Semenanjung hingga ke Borneo! kah kah kah!!

Tiada ulasan: