Kerajaan patut menghentikan peruntukan dana khas kepada program Permata Negara bawah isteri perdana menteri Rosmah Mansor, kata anggota Parlimen Kapar.
G Manivannan berkata, wang itu disalurkan semula ke program-program lain.
Beliau merujuk kepada kenyataan Setiausaha Bahagian Permata Saidatu Akhma Hassan bahawa peruntukan terbaru RM150 juta dipecahkan seperti berikut:
- RM20 juga dikembalikan kepada kerajaan;
- RM77 juta disalurkan kepada Kemas, sebuah lagi program kerajaan; dan
- selebihnya disalurkan kepada program Permata sendiri di Terengganu dan Sarawak.
Sebagai program untuk pendidikan awal anak-anak, Permata Negara patut diletakkan bawah Kementerian Pendidikan dan bukan Jabatan Perdana Menteri.
Program ini menerima RM100 juga pada 2011 dan RM111 pada 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan