HALAMAN SANTAI

Rabu, 25 September 2013

PCA bukan ganti ISA, kata Ahmad Zahid

Oleh Mohd Farhan Darwis


















Pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang di bawa Putrajaya ke Dewan Rakyat hari ini bukan untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar).

Ahmad Zahid yang ditemui pemberita selepas bacaan kali pertama akta berkenaan, termasuk 10 akta yang lain, bagaimanapun enggan memberikan butiran awal pindaan itu.

"Tunggu saya bentangkan di Dewan pada 30 September nanti. Saya tidak mahu mendahului apa yang saya ingin sebutkan dalam Dewan nanti," katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datoh itu turut menolak gelaran pindaan berkenaan sebagai 'Drakonian' sebaliknya berkata ia adalah sebahagian daripada proses transformasi.

"Ia bukan ganti ISA, bukan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Tiada ulasan: