HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 September 2013

Permukiman di Bangkok tiada kaitan dengan Chin Peng - Khalid

 
Post Pic
 
 
SUBANG JAYA: Sesi permukiman Exco Negeri Selangor di Bangkok tidak ada kaitan dengan kematian bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Permukiman itu, katanya, adalah sesi perbincangan merangka pelan tindakan lima tahun bagi melaksanakan Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 Pakatan Rakyat, selain merisik pelabur penting dari Thailand, Central Group (CPN) dan mengenal pasti teknologi Industrialized Building System (IBS) untuk membantu pembinaan rumah mampu milik di Selangor.
 
Khalid memberitahu pemberita selepas Majlis Dialog Belanjawan 2014 di sini hari ini, pihaknya mendapat keizinan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu.
 
“Saya tidak tahu siapa akan meninggal dunia pada Hari Malaysia,” katanya.
 
Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di Bangkok pada 16 September pada usia 88 tahun.
 
Beliau melancarkan perang gerila menentang penjajah British, dan kemudian memerangi kerajaan Malaysia untuk menubuhkan pemerintahan komunis sehingga perjanjian damai dimeterai antara kedua-dua pihak pada 1989.

Tiada ulasan: