HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 September 2013

Tabung Baitulmal Sarawak; MIS dan JAIS perlu tampil buat penjelasan!

BULETIN ONLINE
 
 
Isu penggunaan wang zakat Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menjadi persoalan setelah Sarawak Report melaporkan wang TBS yang merangkumi hasil kutipan zakat wajib, yang dikutip dari dari umat Islam Sarawak telah disalahgunakan untuk projek-projek utama bangunan komersil.

Menurut laporan tersebut, antara mereka yang dituduh terlibat adalah YB Datuk Ir. Haji Daud Bin Abdul Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak merangkap Pengerusi Lembaga Baitulmal dan Wakaf telah mendapatkan jutaan ringgit dari dana ini dengan cara menyalurkannya menerusi projek-projek mega pada syarikat miliknya sendiri, Eastbourne Corporation Bhd.
Hj Jofri Jaraiee 
Oleh itu, PAS meggesa Majlis Islam Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak tampil membuat penjelasan berhubung perkara tersebut bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam khususnya di negeri Sarawak.

“PAS menggesa supaya pihak yang bertanggungjawab supaya tampil membuat pejelasan………….ramai pembayar zakat pendapatan ingin tahu kemana hasil potongan zakat bulanan mereka digunakan,
“kerana banyak isu dan masalah orang-orang fakir miskin yang masih belum menerima bantuan zakat sepenuhnya mengadu,”ujar Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak , Haji Jofri Jaraiee.

Menurutnya, pihak MIS atau JAIS perlu tampil bagi membersihkan nama-nama mereka yang terbabit, sekiranya ia adalah satu tuduha yang tidak benar da tidak berasas.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Miri berkata, pada Jun lalu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salahguna wang zakat yang disalurkan selain daripada lapan asnaf adalah kesalahan dan dosa besar.

Justeru, kata Haji Jofri, apa pula pandangan Mufti Sarawak dalam masalah penggunaan wang zakat ini selain dari 8 asnaf?

“Zakat adalah jumlah harta tertentu yang wajib dikeluarkan oleh orang yang beragama Islam dan diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya (fakir miskin dan sebagainya) menurut ketentuan yang telah ditetapkan oleh syarak,

“Kita (PAS) mengesa pihak berwajib menyiasat isu penyalahgunaan wang zakat TBS seperti yang dilaporkan dalan Sarawak Report ini secara telus dan adil tanpa berselindung,”tegasnya.

Beliau berkata, pihak TBS juga perlu dedahkan laporan audit kepada pembayar zakat dan siasatan terperinci perlu disegerakan terhadap mereka yang terlibat agar wang zakat tersebut benar-benar digunakan sepenuhnya untuk kebajikan 8 asnaf.

Tiada ulasan: