BULETIN ONLINE
Lawannya, yang kini Ahli Dewan Undagan Negeri (ADUN) Sura, YB Haji Wan Hapandi Wan Nik telah mengujungi Zakariah di rumahnya di Kampung Balai Besar, di sini pada pagi Selasa 24 September.
Zakariah yang akan bertolak menunaikan fardhu haji pada Khamis 26 September ini bagi menunaikan turut menerima kunjungan daripada ADUN Rantau Abang, YB Hj Alias Harun.
Bersama-sama menyertai ziarah tersebut ialah Bendahari Jawatan Kuasa Khas Parlimen Dungun, Haji Embong Abdullah yang mewakili YB Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly.
Ustaz Wan hassan tidak dapat bersama keraa beliau sedang menghadiri sidang parlimen yang bermula semalam.
Pada PRU-13 lalu, Zakariah yang merupakan pengundi DUN Rantau Abang merupakan calon BN menentang Wan Hapandi Wan Nik di kerusi DUN Sura yang telah dipertahakan oleh PAS dengan majoriti 2,957 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan