MALAYSIAKINI
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mahu ahli parti meninggalkan pendekatan lama yang keras dan tegas kepada pendekatan lebih lembut dan baik dalam menarik sokongan kaum bukan Cina.
Dalam ucapan perasmian kongres DAP ke 17 Johor, Lim berkata ahli parti disyorkan untuk menunjukkan pemahaman mereka mengenai nasib rakyat serta menawarkan apa yang dapat diraih sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya.
"Kita tak boleh guna cara lama, kita kena guna cara baru. Jangan terlalu keras. Kita kena faham apa rakyat mahu. Jangan hanya cakap berkorban.
"Jangan cakap lu tengok Lim Guan Eng bagus, dia masuk penjara dua kali. Eh, ini kadang kala tak baik tahu.
"Dia cakap, wah masuk DAP ialah masuk penjara, oi jangan, aku tak mahu."
Beliau turut berkata pelaburan IKEA di Pulau Pinang, di atas tanah seluas 245 ekar dan kos tanah hampir RM500,000,000 telah menarik minat orang ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan