HALAMAN SANTAI

Isnin, 13 Januari 2014

'Putrajaya mahu parkir & sekolah, bukan Hard Rock'

MALAYSIAKINI

 
 
 
Penduduk Putrajaya mahukan sekolah agama dan masalah parkir kenderaan diselesaikan, bukannya Hard Rock Cafe, kata Naib Presiden PAS.
 
Datuk Husam Musa berkata, walaupun bekas perdana menteri Datuk Dr Mahathir Mohamad yang membangunkan bandar pentadbiran itu mahu ia menjadi seperti Paris, apa yang berlaku tidak begitu.
 
“Tapi bila nak buat Hard Rock kata (macam) Paris. Paris pengangkutan awam cemerlang. Ini tiada di sini,” katanya.
 
Bercakap ketika minum petang dan dialog dengan orang penduduk di Wilayah Persekutuan itu hari ini, Husam berkata, cadangan mewujudkan Hard Rock Cafe yang bercirikan Islam juga tidak boleh diterima.
 
“...izinkan Hard Rock nyanyi lagu nasyid dan tak ada minimum keras. Mana Hard Rock bawa lagu nasyid, tiada persembahan langsung dan minuman keras. 
 
“Itu ciri utama Hard Rock,” katanya.

Tiada ulasan: