KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said perlu menjelaskan siapakah menanggung perbelanjaan dan tujuan lawatan ke Antartika.
“Kita minta dia tampil berikan penjelasan. Berapakah belanja, siapa sponsor, apakah tujuan lawatan itu?
“Adakah lawatan ke Antartika boleh menyebabkan harga barang turun dan jadi murah,” ujar Pengerusi Pimpinan PKR Terengganu, Azan Ismail dipetik KeadilanDaily.
Pada 15 Januari lepas, media melaporkan Ahmad mengetuai lawatan ke Antartika selama 15 hari anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).
Kenyataan Pejabat Menteri Besar Terengganu menyatakan lawatan itu bertujuan membuka laluan bagi membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH).
Bagaimanapun, kelmarin, YDSM menafikan ia mempunyai kaitan dengan lawatan berkenaan.
Justeru, Azan yang juga Adun Bandar turut mempersoalkan atas kapasiti apa Ahmad mengadakan lawatan ke benua ais itu dan kelayakannya mengetuai misi berkenaan.
“Tujuan dia ke sana sangat kabur. Apa kaitan negeri Terengganu dengan Antartika,” katanya.
Seterusnya beliau mempersoalkan apakah belanja itu ditanggung dari sumber negeri, yayasan atau pihak luar.
“Sekarang sudah jadi lucu. Ada yang kata cuaca sejuk di Terengganu kerana usaha Mat Said bawa balik ais batu dari Antartika,” ujarnya sinis.
Menurutnya, trend pimpinan negara kini mengadakan lawatan ke luar negara hingga menimbulkan bantahan ekoran pembaziran wang rakyat.
Menurutnya, trend pimpinan negara kini mengadakan lawatan ke luar negara hingga menimbulkan bantahan ekoran pembaziran wang rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan