KUALA LUMPUR: Mereka merupakan rakyat Malaysia yang hanya ditahan di
Pusat Tahanan Teluk Guantanamo sejak lapan tahun lalu. Bukan itu sahaja,
kedua-dua mereka juga merupakan antara tahanan yang amat digeruni di
pusat itu.
Mohamad Nazir Lep, atau alis Bashir Lap dan Lilie, dan Mohd Farik Amin,
yang turut dikenali sebagai Yazid Zubair, dikategorikan sebagai
pengganas "amat berbahaya" dan merupakan antara 14 "tahanan bernilai
tinggi" di pusat itu.
Menurut dokumen yang diperoleh daripada Jabatan Pertahanan Amerika
Syarikat (AS), mereka tidak dibenarkan untuk pembebasan segera dan nasib
mereka belum dapat dipastikan.
Kedua-duanya ditahan disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan pada
2003 ketika Mohamad Nazir, 38, ditahan di Thailand dan Mohd Farik, 39,
di Kemboja.
Mereka kemudiannya dipindahkan ke Guantanamo pada 4 September 2006.
Sumber risikan AS percaya bahawa mereka merupakan sebahagian daripada
rancangan berani mati melibatkan pesawat komersial yang dirampas dalam
gelombangan serangan kedua selepas kejadian 11 September 2001.
Mohamad Nazir, yang menghadiri ke sekolah latihan penerbangan,
merupakan seorang tahanan yang merancang untuk mengendalikan rampasan
pesawat.
Dia turut merancang serangan terhadap kedutaan-kedutaan AS, termasuk
melakukan perpindahan wang dan senjata kepada anggota-anggota kumpulan
radikal lain.
Mohd Farik turut didakwa merupakan anggota kanan kepada JI dan al-Qaeda.
Pusat Tahanan Teluk Guantanamo, yang turut dirujuk sebagai Guantanamo
atau Gitmo, merupakan penjara tentera AS di sebuah pangkalan tentera
laut yang menghadap Teluk Guantanamo di Cuba.
Tahanan disifatkan sebagai berbahaya
Ditubuhkan pada 2002, pusat tahanan itu disifatkan amat berbahaya, dan
kebanyakan tahanan ditahan dari Afghanistan, Iraq, Afrika dan Asia
Tenggara.
Menurut seorang jurucakap Kedutaan AS di sini, "kedua-dua rakyat
Malaysia di Teluk Guantanamo telah dirujuk sebagai berpotensi untuk
pendakwaan."
Pegawai itu berkata, sehingga masa pertuduhan dikenakan terhadap
mereka, kes mereka boleh dikaji semula oleh Lembaga Penilaian Berkala.
"Lembaga itu akan menentukan sama ada penahanan mereka diteruskan perlu
bagi melindungi daripada ancaman terhadap Amerika Syarikat," tambah
pegawai itu.
Pakar Kriminologi USM, Profesor Madya Dr P. Sundramoorthy berkata,
tiada petunjuk bahawa kedua-dua mereka akan dibebaskan kerana Amerika
Syarikat masih melihat mereka sebagai individu berbahaya dengan
kemungkinan akan kembali menyertai dalam militan sekiranya dibebaskan.
"Ia akan menjadi penahanan yang amat panjang buat mereka," tambahnya.
Difahamkan bahawa kedua-dua mereka dibenarkan untuk menghantar surat
termasuk gambar-gambar, yang akan diperiksa terlebih dahulu, kepada ahli
keluarga mereka menerusi Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.
Dipercayai bahawa kedua-dua rakyat Malaysia itu boleh memberikan
maklumat berguna kepada Amerika Syarikat mengenai kumpulan radikan dan
operasinya.
Dikatakan bahawa mereka disoal siasat oleh Agensi Perisikan Jenayah
(CIA) di sebuah kawasan yang tidak diketahui, sebelum dihantar ke
Guantanamo.
Laporan menyatakan bahawa Mohamad Nazir dan Mohd Farik disoal siasat di
pulau Diego Garcia, yang merupakan pusat operasi CIA di kawasan
terpencil di Lautan Hindi.
Selain mereka, seorang rakyat Indonesia, Hambali, 50, yang pernah
memiliki taraf permaustatin tetap, turut ditahan di Teluk Guantanamo.
Hambali atau Riduan Isamuddin, merupakan seorang anggota Jemaah
Islamiyyah yang mempunyai hubungan secara langsung dengan Osama bin
Laden dan dikatakan sebagai orang kanannya di Asia Tenggara.
Hambali terlibat dalam kejadian bom di Bali pada 2002 yang mengorbankan lebih 200 orang.
Isterinya, yang merupakan rakyat Malaysia juga seorang tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). - mStar Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan