KUALA LUMPUR - Sebelum ini, ramai yang membuat spekulasi
pengantin perempuan yang meninggal dunia 3 jam sebelum majlis
persandingan pada hujung bulan Jun lalu telah dicabut nyawanya oleh
'benda' yang dihantar pengamal ilmu sihir (black magic).
Hasrat dua keluarga untuk melihat anak masing-masing bersanding di atas
pelamin, tidak kesampaian apabila pengantin perempuan meninggal dunia,
tiga jam sebelum majlis itu berlangsung di Dewan Yayasan Felda di Kelana
Jaya.
Junaida Jamaludin, 29, yang baru diijabkabulkan dengan pasangannya,
Muhammad Danial Zainal Abidin, 30,ditemui tidak bernyawa oleh ahli
keluarganya di bilik rumah mereka di Petaling Jaya, kira-kira pukul 8.30
pagi.
Lebih menyedihkan, kematian Junaida hanya diketahui ketika ahli keluarga
lain sedang sibuk melakukan persiapan terakhir majlis persandingan yang
dijangka bermula pada pukul 11.30 pagi dengan jemputan seramai 900
orang.
Pengantin difahamkan tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal, walau
bagaimanapun pemeriksaan perubatan mendapati kematiannya dipercayai
berkaitan dengan masalah saluran urat di kepala.
Sebahagian daripada tetamu yang dijemput turut terpinga-pinga sebaik
sahaja sampai di dewan berkenaan yang ‘suram’, sebelum mengetahui berita
kematian tersebut.
Abang Junaida, Kamarul Affendy, 38, berkata, segala persiapan telah siap
sepenuhnya dan mereka sekeluarga hanya menunggu persandingan kedua-dua
mempelai disempurnakan sahaja.
Namun katanya, takdir telah mendahului mereka apabila adik bongsu
daripada empat beradik itu telah pulang ke rahmatullah sebelum sempat
menunaikan tanggungjawab sebagai isteri.
“Kami semua tidak sabar untuk meraikan pasangan pengantin baharu itu
kerana ini majlis kedua dalam keluarga kami. Semua benda telah pun siap
dan kami hanya menunggu untuk melihat arwah dan pasangannya berarak dan
bersanding di pelamin yang dihias indah.
“Namun semua perancangan kami tinggal impian semata-mata kerana adik
telah meninggal dunia sebelum majlis itu sempat bermula. Majlis itu kami
jadikan sebagai kenduri arwah sahaja,” katanya ketika dihubungi.
Menceritakan kejadian itu, Kamarul Affendy memberitahu, Junaida gagal
dihubungi ahli keluarga yang lain ketika mereka sekeluarga mahu ke dewan
untuk persiapan terakhir.
“Kami semua sepatutnya berada di dewan itu pada pukul 9 pagi dan ada
ahli keluarga yang lain cuba menghubungi adik namun panggilan tidak
berjawab.
“Kami kemudian ke biliknya dan kami sangka dia tidur kerana terlalu
letih ekoran majlis malam tadi, namun semuanya berubah apabila menemukan
dia tidak sedarkan diri,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan