MALAYSIAKINI
Datuk Seri Najib Tun Razak memuji Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah
(ESSCom) kerana berjaya menyelamatkan seorang warganegara China yang
dijadikan tebusan selama dua bulan di selatan Filipina.
"Syabas ESScom! Saya rasa lega kerana kita berjaya membebaskan
warganegara China Yang Zai Lin, yang diculik lelaki bersenjata Abu
Sayyaf," kata Perdana Menteri dalam laman Twitter beliau malam tadi.
Beliau berkata warganegara China itu dibebaskan hasil tindakan pihak
berkuasa berpandukan maklumat risikan dan tiada wang tebusan dibayar
kepada penculik.
Yang, 34, dari Guangzhao, China, diculik lima lelaki bersenjata dari
Wonderful Terrace Fish Farm di Pulau Baik, Lahad Datu, Sabah tempat dia
bekerja sebagai pengurus pada pukul 2.45 pagi 6 Mei lepas.
Pembebasan beliau diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kelmarin.
Khalid bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut tentang operasi
menyelamatkan Yang, selain berkata siasatan akan dijalankan mengenai kes
penculikan itu.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan