MALAYSIAKINI
Polis Perak hari ini menafikan dakwaan berlaku pergaduhan antara kaum
yang kononnya terjadi di Buntong di Ipoh seperti disebarkan media sosial
baru-baru ini.
Ketua Polis Perak Datuk Datuk Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan tiada
kejadian seumpama itu berlaku dan pihaknya tidak menerima sebarang
laporan berhubung kejadian tersebut.
"Keadaan bandar raya Ipoh adalah aman dan terkawal. Kehidupan masyarakat
berjalan seperti biasa dan orang awam tidak perlu bimbang untuk keluar
menjalankan aktiviti di sekitar bandar raya ini," katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang penyebaran
maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh menggugat ketenteraman awam.
Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 233
(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum denda RM50,000
atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali, jika
sabit kesalahan.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan