KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussien hari
ini menegaskan bahawa kerjaan Malaysia akan memastikan pihak yang
bertanggungjawab dalam tragedi malang yang menimpa pesawat Malaysian
Airlines (MAS) penerbangan MH17 diheret ke muka pengadilan sehingga ke
lubang cacing.
"Kita akan bawa perkara ini sehingga ke lubang cacing. Daripada awal
lagi kita naktahu apa yang telahpun berlaku dan kita anggap tindakan ini
sebagai tindakan seperti ayat-ayat yang begitu keras dinyatakan oleh PM
tadi dan kita setuju sangat," katanya ketika ditemui pemberita di lobi
Parlimen hari ini.
Malah, beliau berkata pendekatan yang diambil oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak sebagai menongkah arus dan tidak terikut-ikut
dengan laporan media antarabangsa berhubung tragedi ini.
"Penekatan yang dibuat oleh PM merupakan satu pendekatan yang menongkah
arus tidak terikut-ikut, tidak diheret oleh geopolitik di Ukraine.
"Ini satu tindakan yang berani dan tindakan itu telah membuahkan hasil
dan kebijaksanaan kepimpinan beliau telah mengizinkan jenazah dan jasad
mayat serta kotak hitam itu berada bersama-sama dengan pihak kita untuk
siasatan lanjut," katanya.
"Kita tidak mahu tuduhan-tuduhan daripada pihak-pihak yang
berkepentingan dan kita hanya mahukan kebenaran dan kebenaran itu
sedikit sebanyak memerlukan kebijaksanaan dalam melakukannya dan say
ucapkan tahniah secara peribadi kepada PM," ujarnya.
Hishammuddin juga turut melahirkan rasa terharunya atas sokongan yang tidak berbelah bahagi pakatan pembangkang.
"Saya tengok suasana didalam dewan diselebungi dengan perasaan yang
begitu sedih begitu sedih dan pilu tetapi dalam masa yang sama saya rasa
terharu kerana sokongan yang diberikan bukan sahaja dari pihak kita
(BN) tetapi oleh pihak pembangkang tidak berbelah bagi kepada usul yang
dibentangkan oleh PM," jelasnya.
Selain itu, beliau berkata kementerianya itu kini sedang mengikut rapat
serta memantau perjalanan jenazah mangsa MH17 agar dapat kembali ke
tanah air sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.
"Pihak Mindef sedang mengikuti dan memantau perjalanan jenazah-jenazah
berkenan setakat mana yang kita mampu dan cuba tunaikan apa yang
dijanjikan supaya jenazah dapat kembali sebelum hari Raya," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan