MSTAR ONLINE
Program untuk siswazah menganggur itu dianjurkan SL1M di bawah Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), sebuah badan berkanun.
SL1M adalah program untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran para graduan untuk mendapatkan pekerjaan melalui kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan sektor swasta yang melaksanakannya sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Jawatan yang ditawarkan termasuk dalam bidang operasi, pentadbiran, teknikal dan pemasaran.
Graduan yang memenuhi kriteria dan lulus temuduga akan mempunyai peluang untuk diambil sebagai pekerja tetap setelah melalui latihan industri untuk tempoh antara lapan bulan dan setahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan