shahbudindotcom
Minggu
ini menimbulkan banyak suasana yang berbeza kepada para blogger dan
pengamal media sosial di negara kita. Sementara sebahagian daripada
mereka yang menjadi penyokong dan pendokong Najib sedang "dihadiahkan"
dengan "program jalan-jalan" di kota London, sebahagian yang lain pula
ditinggalkan dalam negara tanpa memperolehi apa-apa.
Bagi
yang menjadi pengkritik dan penegur Najib pula, ada yang terus
menjalankan tugas mereka tanpa sebarang gangguan, tetapi ramai yang
sedang "menderita" kerana telah digodam akaun mereka. Pengamal media
sosial pro Najib tidak pula kedengaran mengalami masalah yang sama.
Beberapa
pemilik akaun FB yang tegar mengkritik Najib dan dilihat menjadi
penyokong Mahathir dan Daim seperti Blue Ocean misalnya, paling teruk
diserang dan akaun FBnya tiba-tiba hilang begitu saja.
Apabila
dibuka akaun baru, ia digodam lagi dan membuatkan beliau telah membuka
empat akaun dalam tempoh tiga hari ini kerana diserang tidak henti-henti
setiap kali akaun baru dibuka.
Syed
Rosli Jamalulail yang pernah mendesak Najib agar berundur demi
menyelamatkan UMNO juga mengalam nasib yang sama. Akaun FBnya yang sudah
berusia tujuh tahun turut lenyap begitu saja. Bagaimanapun beliau sudah
membuka akaun baru dan mengambil sikap lebih berhati-hati menerima
rakan selepas ini.
Zaharin
Mohd Yasin, seorang aktivis UMNO yang dikenali ramai tetapi kerap
mengkritik Najib dan kepimpinan UMNO yang lain turut tidak terkecuali
menjadi sasaran penggodam. Akaun FBnya yang mempunyai ribuan kenalan
turut hilang tanpa dikesan. Walaupun akaun baru sudah dibuka, tetapi
mungkin memakan masa untuk mengumpul semula rakan-rakan lamanya.
Beberapa
akaun FB lain yang dikenali kerap menegur Najib dan menyokong Mahathir
serta Daim juga sedang mengalami nasib yang sama. Ada yang hilang dan
dan ada yang gagal dimasuki oleh pemiliknya sendiri. Mereka digodam dan
seolah-olah cuba dihalang daripada terus mengkritik, menegur serta
memberi sokongan kepada Mahathir dan Daim.
Siapakan
melakukan semua ini? Apakah ini merupakan taktik kem pro Najib untuk
menyekat suara-suara pengkritik ini dari terus bersuara dan menghalang
lebih banyak maklumat sampai ke telinga rakyat?
Jika
itu kaedahnya, bermakna kem Najib sekarang ini sedang "kepanasan"
akibat dek serangan yang makin bertalu-talu di media-media sosial
berikutan semakin ramai kian berani, bukan saja menegur dan mengkritik,
malah meminta Perdana Menteri segera berundur daripada tampuk kuasanya.
Apakah
ini juga menandakan, oleh kerana penggerak media sosial pro Najib tidak
mampu berhujah dan kurang petah menangkis serangan, maka kaedah godam
pula diamalkan?
Sudah
tentu pelbagai andaian timbul dan tiada sesiapa mahu mengaku melakukah
kerja-kerja pengecut ini. Tidak dipastikan juga sama ada perkara in
memang arahan "kepala-kepala perang" di Putrajaya atau ia hanya
kerja-kerja tepi jalan segelintir pengampu dan pembodek untuk
mendapatkan sedikit upahan.
Walau
apa pun alasannya, taktik godam dengan tujuan menyekat saluran maklumat
daripada tersebar lebih meluas ini hanya akan memburukkan imej Najib
sendiri. Sama ada beliau mengetahui, merestui atau sebaliknya apa yang
sedang berlaku ini, natijah akhir yang memikul bebannya tidak lain ialah
Najib dan kerajaan juga.
Sementara
Najib berulangkali menyatakan beliau bersikap terbuka dalam banyak
perkara, menghargai kepentingan media sosial sebagai saluran maklumat
kontemporari, terutama untuk generasi muda dan mengingatkan bahawa era
kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir, hakikat yang
dilakukan oleh mereka yang dekat dengannya jelas bercanggah sama-sekali.
Semua
ini menyebabkan beliau akan dinilai sebagai pemimpin yang "cakap tak
serupa bikin" dan cuba menutup kebebasan yang selalu
dilaung-laungkannya.
Berbanding
hujah dilawan dengan hujah, mematikan serangan lawan dengan taktik
godam, sebenarnya langsung tidak berkesan. Mereka yang digodam bukan
saja lebih bersemangat, bahkan mungkin melebarkan rangkaiannya dengan
membuka lebih banyak akaun lagi.
Akhirnya, tukang godam juga lebih letih dengan kerja-kerja godaman mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan