Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, keputusan itu berikutan kerajaan prihatin dan memahami situasi semasa terutama sekali penjawat awam yang terlibat dalam bencana banjir.
"Kerajaan berharap pemberian ini (pembayaran awal bonus) dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.
Banjir yang berlaku di beberapa negeri sejak pertengahan Disember lalu mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan dengan angka semasa menunjukkan sejumlah 41,421 orang masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan