Bagaimana keluarga yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh dan banjir akan dapat membina semula kehidupan mereka.
IPOH : Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) yang akan dilaksanakan pada April depan seharusnya ditangguhkan sehingga lima negeri yang dilanda banjir buruk dan tanah runtuh pulih sepenuhnya.
Ahli Parlimen DAP-Batu Kawan, Kasthuri Patto turut menggesa kerajaan agar mempertimbangkan semula pelaksanaan GST yang disifatkannya sebagai ‘sumpahan’ kepada mangsa bencana alam sepanjang 2014.
“Pelaksanaan cukai GST dilakukan berikutan pandangan kerajaan yang kononnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat, dan hutang isi rumah sudah semakin berkurang, manakala BR1M pula ditunggu-tunggu,” katanya, lapor Roketkini.
Tambahnya situasi di negara Jepun juga mirip seperti Malaysia apabila negara itu dilanda tsunami pada Mac 2011, dan sehingga kini masih dalam fasa pemulihan.
“Namun, Kerajaan Jepun dilihat sangat progresif sehingga membelanjakan AS$250 bilion untuk pembinaan semula negara matahari terbit itu. Pelan pemulihan Jepun memakan waktu sehingga lima tahun.
“Bagaimana keluarga yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh dan banjir akan dapat membina semula kehidupan mereka selepas episod bencana apabila segala barangan yang mereka akan sentuh telah disumpah 6 peratus GST?” soalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan