JASIN - Empat sekeluarga maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat
dalam kemalangan ngeri melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Serkam
Pantai - Pulai dekat sini semalam.
Dalam kejadian lebih kurang 4.15 petang, kereta dipandu Ida Dollah, 46, dari arah Melaka menghala ke Muar dipercayai dilanggar sebuah kereta Proton Perdana yang datang dari arah bertentangan.
Akibat rempuhan itu kereta mangsa kemudian dilanggar sebuah Proton Preve yang gagal mengelak dari arah belakang sebelum merempuh kereta mangsa menyebabkan kereta terbabit terseret beberapa meter dari tempat kejadian.
Sumber polis berkata, kemalangan itu menyebabkan dua anak Ida, Siti Rohana, 23, dan Siti Rohani, 18, yang duduk di kerusi penumpang belakang tercampak keluar dari kenderaan tersebut.
Menurutnya, Ida dan ibunya, Saimah Wahab, 77, yang duduk di tempat penumpang hadapan tersepit dan mengalami cedera parah sebelum kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Keempat-empat mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah selain kereta kancil yang dinaiki mereka sekeluarga remuk teruk.
“Sementara pemandu Proton Perdana hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu Proton Preve tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Proton Perdana buat drift
Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Masri Ibrahim berkata, enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau bergegas ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan mengenai kemalangan itu kira-kira jam 4.15 petang semalam.

Selain itu, empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil turut dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu.
Menurutnya, setiba mereka di tempat kejadian, dua mangsa iaitu penumpang belakang Perodua Kancil tercampak keluar manakala pemandu dan penumpang hadapannya tersepit, semua mereka disahkan maut di lokasi.
“Bomba mengambil masa kurang dari 10 minit untuk mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dengan menggunakan pemotong hidraulik sebelum mayat mereka diserahkan kepada polis,” katanya.
Tambahnya, pasangan suami isteri bersama anak perempuannya berusia lingkungan 5 tahun menaiki Proton Preve tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu Proton Perdana berusia lingkungan 20-an cedera di kepala dan dihantar ke hospital untuk rawatan.
“Kami difahamkan kereta Proton Perdana yang dikatakan dipandu laju terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar kereta Kancil dan Proton Preve,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan (DSP) Muhd Nur Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu.
“Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Anak-anak tidak bersalam
Abd Ghaffar Said, 49, tidak menyangka perbuatan kedua-dua anaknya yang tidak bersalaman dengannya sebelum keluar rumah membawa tanda kehilangan mereka selamanya juga isterinya serta ibu mertuanya.
Abd Ghaffar berkata, selalunya kedua-dua anaknya akan bersalaman terlebih dahulu dengannya sebelum melangkah keluar rumah.
Malah menurutnya, isterinya juga sempat memberitahu untuk keluar bersama-sama anak termasuk anak sulungnya Siti Rohana yang berkhidmat di pejabat kesihatan Johor Bahru, pulang bercuti.
Menurutnya, mereka berempat dipercayai berjalan-jalan membawa ibu mertuanya melawat Melaka.
“Selalu kalau nak ke mana-mana anak-anak akan salam tangan saya tapi kali ini sebelum mereka keluar, mereka tak berbuat demikian.
“Isteri juga kalau nak keluar selalu dia tidak beritahu, tapi kali ini, dia maklumkan kepada saya terlebih dahulu, namun saya tak sangka itulah kali terakhir saya mendengar suaranya,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Jasin, semalam.Abd Ghaffar hanya mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan adiknya.
“Sedih namun saya redha kehilangan mereka semua,” katanya yang tinggal di Kampung Kesang Laut.
Ketiga-tiga mangsa akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halaman isterinya di Kampung Panjang Sari Pagoh, Johor hari ini.
Bakal tunang terkejut
Bakal tunang Allahyarham Siti Rohana, Mohd Azlan Jamak, 23, berkata, sebelum kejadian, lebih kurang jam 9 dia berselisih dengan kereta yang dinaiki keempat-empat mangsa di persimpangan lampu isyarat di Tanjung Agas dan mangsa sempat melambai.
Ketika itu Mohd Azlan dalam perjalanan ke tempat kerja dan lebih kurang 12 tengah hari mangsa menghantar mesej memberitahu bawa nenek melihat kapal besar di Melaka.
“Saya nasihatkan dia dan ibunya berhati-hati memandu. Bagaimanapun, selepas pulang kerja dia berasa tidak senang hati setelah mangsa tidak membalas mesejnya termasuk menjawab panggilan telefon.
“Saya telefon berkali-kali, sehinggakan saya tertidur dan saya telefon semula. Namun hati saya luluh bila panggilan telefon dijawab seorang anggota polis dan meminta saya ke Hospital Jasin,” katanya yang merancang menghantar rombongan meminang pada Mac depan.
Sementara itu, pemandu Proton Preve, Fairuz Yaakob, 34, yang sedang bersama isteri dan seorang anak berusia dua tahun berkat, semasa kejadian dia tidak sempat mengelak sehingga menyebabkan kerosakan di bahagian depan kenderaan.
“Saya berada di belakang Kancil, tiba-tiba saya melihat seolah-olah Perodua Perdana ini membuat drift sebelum berlaku kemalangan.
“Tapi alhamdulillah saya dan keluarga selamat dan anak saya mengalami sedikit kecederaan di bahagian kepala,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan