SHAH ALAM - Syarikat korporat disaran untuk menjadikan kampung-kampung
di Pantai Timur yang terjejas banjir sebagai kampung angkat bagi
meringankan beban mangsa banjir serta kerajaan untuk membaik pulih
kawasan yang terjejas akibat bencana alam itu.
Pensyarah Kuliyyah Ilmu-ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa, Dr Taufik Ismail berkata, masa yang lebih mencabar kepada mangsa banjir adalah selepas banjir surut iaitu apabila mereka terpaksa berdepan dengan kerugian harta benda yang besar.
Menurutnya, pada peringkat itu, mangsa banjir perlu memulakan kehidupan baharu dengan sokongan banyak pihak terutamanya dari segi kewangan untuk membaik pulih kediaman mereka yang rosak.
“Kita dapat lihat banyak pihak lebih memfokuskan bantuan ketika banjir, jadi saya berharap syarikat-syarikat korporat termasuk berkaitan kerajaan tampil untuk membantu di peringkat pascabanjir dengan mengambil kampung yang terjejas sebagai kampung angkat.
“Mereka boleh menjadikan ini sebagai tanggungjawab sosial korporat untuk membantu penduduk kampung tersebut, contohnya baik pulih longkang, surau atau rumah-rumah yang terjejas,” katanya.
Menurutnya, jika setiap syarikat korporat mengambil sebuah kampung angkat, proses pemulihan akan berlaku dengan lebih cepat.
Menurutnya, banjir yang berlaku kali ini luar biasa kerana kemusnahan dialami begitu besar sehingga ramai yang hilang tempat tinggal dan mata pencarian.
“Kerjasama daripada pihak korporat amat diharapkan kerana jika hanya mengharapkan kerajaan negeri atau Pusat sahaja untuk menguruskan proses pemulihan pascabanjir ini, dikhuatiri penduduk terpaksa menunggu lama dan lebih sengsara,” katanya.
Taufik berkata, kerajaan negeri dan Persekutuan juga perlu terus menjalinkan kerjasama yang baik dengan koordinasi yang lebih tersusun dan telus.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan