RAWANG - Seorang juruteknik rugi kira-kira RM700 apabila telefon bimbit
jenis Lenovo yang baru dipakai tiga bulan lalu dilarikan seorang lelaki
yang menyamar sebagai wakil daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Lee Coke Lian, 56, berkata, sekitar jam 7 petang Isnin lalu, suspek berusia 40-an meminta bantuannya menghubungi ejen yang menjual rumah di sebelah unitnya, terletak di Jalan 3 Taman Jati di sini, untuk tujuan pemasangan meter.
Menurutnya, dia segera menghubungi nombor yang diberikan lelaki itu tanpa mengesyaki sebarang perkara mencurigakan. Tambahan pula lelaki berkenaan memakai pakaian khas juruteknik.
“Dia beri alasan telefon bimbitnya kehabisan bateri dan perlu hubungi ejen berkenaan untuk pasang meter di unit yang telah kosong hampir enam bulan lalu.
“Semasa mengambil telefon dalam bilik, lelaki itu menunggu di luar pagar atas motosikalnya dengan enjin yang dihidupkan.
“Selepas dapat hubungi ejen itu, saya serahkan telefon kepada dia yang bercakap beberapa saat sebelum memecut motosikalnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Coke Lian yang tergamam tidak sempat berbuat apa-apa. Kebetulan sebelum itu lelaki berkenaan menyerahkan sebuah kotak yang disangka mengandungi meter kepadanya untuk dipegang.
“Dia minta saya pegang sebentar kotak tersebut, tapi selepas diperiksa rupa-rupanya hanya ada penutup meter saja.
“Saya bernasib baik kerana dia tak masuk dalam rumah. Jika tidak pasti insiden lebih buruk boleh berlaku. Saya harap penduduk sekitar sini berhati-hati,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan