Kenapa Najib masih berkeliaran di
Putrajaya lagi? Kesalahan yang macam mana yang membolehkan seseorang Perdana
Menteri dan kabinetnya meletakkan jawatan? Tidak kah cukup lagi dalil-dalil dan
sebab-sebab kenapa Najib dan seluruh barisan kabinetnya yang gagal sekarang ini
untuk meletakkan jawatan?
Cuba kita sebutkan apakah yang baik
yang telah Najib lakukan yang membolehkan beliau kekal duduk di Sri Perdana
itu? Najib mempunyai imej seorang Perdana Menteri yang tidak bertanggungjawab
kerana beliau tidak mempunyai roh kepimpinan yang betul dan secocok dengan
kemahuan negara dan rakyatnya. Najib
telah gagal segagal-gagalnya untuk mentadbir politik dan negara walaupun beliau
telah melalui segala-gala laluan dalam kepimpinan parti sejak memasuki politik
pada tahun 1976 yang lalu.
Datang dari keluarga yang pejuang
pun dan di tambah dengan pelajaran luar negara sekali pun tidak dapat menggilap
beliau sebagai pemimpin yang mempunyai roh yang sesuai dan secocok untuk negara
yang kosmopolitan ini. Najib tidak mampu untuk belajar baik dari kesilapan
sendiri mahu pun dari kesilapan orang lain dan pendeknya beliau hanya mempunyai
kulit yang cantik dan kehidupan yang senang dari keluarga seorang Perdana
Menteri.
Segala yang dilaungkan dan
dilancarkan secara ‘ambitious’ untuk kemajuan negara semuanya gagal
dilaksanakan dan beliau tidak dapat menghampiri cita-citanya untuk menunjukan
kelainan dari pimpinan terdahulu. Beliau tidak dihormati oleh rakyat kerana
beliau sendiri tidak mampu untuk menghormati diri beliau sendiri sebagai
seorang pemimpin yang sepatutnya bertanggungjawab dan prihatin terhadap
kemahuan dan keperluan rakyat pimpinannya dan kerajaan yang diketuainya.
Jika sudah sampai ketahap ini
maka tidak ada sebab untuk beliau dan pimpinan dalam kabinet beliau kekal dan masih
berkeliaran di Putrajaya melakukan semua yang tidak digemari rakyat. Mereka ini
menjadi masalah kepada negara dan tidak tahu bagaimana mereka boleh dan mampu
untuk menyelesaikan masalah rakyat dan negara sedangkan mereka sendiri adalah
penyumbang kepada masalah yang negara hadapi kini.
Najib telah gagal dalam
segala-galanya dan untuk terus menjadi ketua kerajaan merupakan satu tindakan
yang menzalimi rakyat dan dirinya sendiri. Jika Najib bersara ia boleh membuka
ruang bagi mencari penggantinya yang boleh dianggap mempunyai 'stature' yang baik
untuk meneruskan mentadbir dan membina negara ini ketahap yang lebih tinggi
lagi.
Jika Najib bersara tentulah ia
diikuti oleh barisan kepimpinan dalan kabinet sekali kerana kegagalan Najib itu
juga adalah kegagalan keseluruhan barisan kabinet itu. Itu sememangnya biasa
kerana kabinet yang ada itu adalah lantikan Perdana Menteri yang gagal itu.
Kegagalan Najib itu adalah kegagalan seluruh ahli-ahli jemaah kabinet itu. Itu
adalah ‘collective responsibility’ yang digunapakai oleh kebanyakan kerajaan
di negara-negara maju.
Najib sendiri mesti mencari
‘instruments’ demokrasi yang ada jika mahukan perubahan dan ianya perlu
dilakukan oleh Najib sendiri jika beliau mempunyai jiwa yang besar dan ingin
melihat negaranya maju ke hadapan. Jika beliau mempunyai jiwa yang besar beliau
tidak akan membiarkan negara menjadi begini kucar kacir dan membawa kerosakan
negara semata-mata kerana tidak mahu berganjak dari jawatan yang disandangnya
sekarang ini.
Adalah wajar bagi Najib dan
barisan kabinetnya untuk mengembalikan kuasa kerajaan kepada Majlis Raja-Raja misalnya dan Majlis Raja-Raja memilih sesiapa
yang beliau anggap sebagai orang yang di yakini baginda untuk mentadbir negara
buat sementara bagi memulakan sebuah negara baru dan akhirnya membawa negara
kepada ‘ambience’ politik yang baru dengan semangat yang baru untuk rakyat
mengharapkan perubahan dan meninggalkan masalah-masalah yang mereka hadapi
sekarang jauh dibelakang.
Mungkin Ahli-Ahli Dewan Rakyat
boleh memainkan peranan yang besar dalam perubahan yang amat diperlukan
ini.
Lupakan cara pemilihan seorang Perdana Menteri secara konvensyen
sekarang ini,
dalam mana sesiapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO itu adalah otomatik
menjadi Perdana Menteri. Perlembagaan memperuntukan seseorang Ahli
Dewan Rakyat
yang mendapat sokongan majoriti walaupun dengan ‘simple majority’ itu
boleh
dijadikan Perdana Menteri termasuk yang menjadi ahli UMNO itu sendiri.
Perubahan ini amat diperlukan
kerana jika tidak ada perubahan dalam jangka masa yang terdekat ini, ramai
merasakan kita akan ditadbir oleh mereka yang tidak berjiwa seperti kita
dipimpin oleh hanya jasad yang tidak berjiwa lagi. Kita semua tahu apa yang
akan berlaku selepas ini jika tidak ada perubahan itu.
Kita mahu melihat seseorang yang
mampu melakukan sesuatu yang tepat dalam kita menghadapi kejatuhan ringgit Malaysia yang
sangat mengerikan ini. Kita mahu di pimpin oleh seseorang yang mahir dalam
mengendalikan negara dalam waktu kejatuhan harga minyak yang mendadak sejak dua
bulan lepas. Kita mahu dipimpin oleh seseorang yang berpijak diatas bumi yang
nyata.
Kita mahu dipimpin oleh seseorang
yang ‘realist’ dan mengakui kita wajar hidup dalam keadaan aman bersama-sama
rakyat berbilang kaum yang saling hormat menghormati di antara satu dengan yang
lain. Kita mahukan negara menjadi sebuah negara dalam mana ia tetap dengan
perjuangan yang ‘ultimate’ iaitu untuk mencapai ‘national unity’ yang abadi
tanpa ada sesiapa yang mempersoalkan budaya dan hidup beragama masing-masing.
Yang lebih penting lagi kita mahu
seorang yang memimpin negara yang boleh mendidik pimpinan yang rasuah itu
adalah satu budaya dan kerja yang amat hina di sisi apa sekali pun lebih-lebih
lagi di sisi agama dan budaya kita. Kita mahukan pemimpin yang memahami dalam
erti kata yang sebenarnya yang rasuah itu adalah lebih hina dari seseorang yang
memakan daging saudaranya sendiri.
Kita mahukan seorang pemimpin
yang boleh mengisi kembali roh keluhuran dalam mentadbir negara. Kita perlu
mencari pemimpin yang tidak merelakan pimpinan negara di setiap peringkat
mengambil yang salah itu sebagai benar dan mengambil yang benar sebagai salah.
Kita perlukan kepimpinan baru
yang mampu untuk kembali kepada ‘basic’ kepimpinan. Semuanya tidak ada dalam ‘set’
kepimpinan hari ini dan untuk kembali kepada yang ‘basic’ itu tadi. Ia
memerlukan pengorbanan yang besar dari semua pihak termasuk dari mereka yang sedang enak dengan kuasa dan glamor sekarang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan